Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Zamil: Pemimpin terlibat salah laku kena letak jawatan

 | September 1, 2012

Katanya, ini bertujuan untuk menjaga nama baik parti yang akan menghadapi rakyat dalam pilihan raya.

PETALING JAYA: Presiden sementara Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Zamil Ibrahim menasihatkan mana-mana pemimpin yang terbabit dengan salah laku meletakkan jawatan sehingga kesnya selesai.

Kata Zamil, ini bertujuan untuk menjaga nama baik parti yang akan menghadapi rakyat dalam pilihan raya.

“Tidak kira kes apa, asal salah laku beliau perlu berhenti sementara atau meletakkan sehingga siasatannya selesai.

“Jangan membebankan parti sehingga orang memandang serong kerana kita akan menghadapi rakyat dalam pilihan raya,” kata beliau.

Zamil menegaskan demikian ketika diminta mengulas berhubung penahanan seorang pemimpin parti politik atas dakwaan sumbang mahram.

Bagaiamnapun, pemimpin berkenaan telah menafikannya dan mendakwa ia hanya ditahan untuk membantu siasatan.

Beliau juga telah dibebaskan oleh pihak polis.

Sementara Zamil memberitahu, beliau masih menunggu jawaban dari Pendaftar Pertubuhan (ROS) sama ada beliau atau Datuk Zaid Ibrahim akan menjadi presiden sah KITA.

KITA terbelah dua setelah Zaid mengumumkan mahu membubarkan parti itu menyebabkan kumpulan Zamil mengambil alih parti itu.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments