Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Kualiti udara di Semenanjung sederhana

 | September 3, 2012

Dari 51 lokasi, hanya 16 mencatatkan kualiti udara baik

PETALING JAYA:   Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia hari ini, 35 lokasi di seluruh negara memiliki  kualiti udara yang sederhana.

Daripada 36 lokasi itu, 31 daripadanya adalah di Semenanjung Malaysia, dengan hanya empat kawasan di Sabah dan Sarawak mencatatkan kualiti yang sama.

Hanya enam lokasi di Semenanjung yang merekodkan kualiti udara bersih iaitu di Larkin Lama, Indera Mahkota, Paka, SMK Tanjung,

Kelantan, Kangar dan Langkawi.

Setiap lokasi ini mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) kurang dari 50. IPU 50 merupakan kadar bacaan kualiti baik.

Sementara itu, di lain-lain lokasi mencatatakan bacaan IPU lebih daripada paras 50 dan tidak melebihi 100 iaitu kadar sederhana. Jika melebihi 100, kualiti udara di lokasi itu tidak sihat.

Kualiti udara di bandar-bandar utama secara keseluruhannya adalah sederhana.

Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Cheras dan Batu Muda masing-masing mencatatkan bacaan IPU 67 dan 61. Di Selangor pula, Petaling Jaya (60), Perlabuhan Kelang (68) dan Banting (74).

Manakala di lokasi-lokasi lain di seluruah negara pula, Muar 61, Alor Star 68 dan Bandaraya Melaka 76.

Bandaraya Melaka turut merupakan lokasi yang mencatatkan IPU yang paling tinggi hari ini. Nilai, Negeri Sembilan dengan IPU 70, Jerantut 57, Jalan Tasek, Ipoh 56, Seri Manjung 60, dan Seberang Jaya 2 65.

Di Sabah pula, keempat-empat lokasi yang dipantau merekodkan kualiti udara (IPU) yang baik. Keningau 35, Kota Kinabalu 37, Sandakan 29, dan Tawau 35. Labuan pula 53, berada di paras sederhana.

Manakala di Sarawak pula, tiga lokasi mencatatkan IPU sederhana iaitu Sarikei 57, Samarahan 58, dan Kuching 59.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments