Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Azizan perlu diganti sejak setahun lalu

 | September 4, 2012

Seorang pemimpin PAS negeri mendakwa, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mustafa Ali mempertahankan Menteri Besar itu atas alasan berkawan sejak dahulu lagi.

ALOR SETAR: Datuk Seri Azizan Abdul Razak sepatutnya digantikan sebagai Menteri Besar  sejak tahun lalu lagi, kata seorang pemimpin PAS negeri Kedah itu hari ini.

Bagaimanapun, dakwanya, beberapa pemimpin PAS kanan terutama Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kuat mempertahankan Azizan.

Mereka adalah kawan baik Azizan sejak dahulu lagi, kata pemimpin itu yang enggan namanya disiarkan.

“Dua hari sebelum raya 2011, Azizan di masukkan ke hospital dan doktor berkata keadaan kesihatannya hanya 50 peratus.

“Dengan umurnya menjangkau 72 tahun, kesihatannya tidak mengizinkan beliau menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.

“Tetapi pemimpin PAS Pusat tetap mempertahankan Menteri Besar atas alasan Azizan kawan rapat mereka sejak dahulu lagi.

“Mereka yang membuat syor supaya Azizan diganti akan dianggap sebagai pengkhianat,” kata beliau ketika dihubungi.

Kepimpinan kerajaan negeri bergegar apabila dua Exco – Datuk Pakhrol Razi Mohd Zawawi dan Dr Ismail Salleh – membangkit kepimpinan Azizan beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun, kemelut itu selesai setelah PAS Pusat campur tangan.

Tidak mesyuarat Exco

“Pada bulan puasa tahun ini dia (Azizan) pulun habis, dia turun padang sungguh-sungguh lebih dari keupayaan sebenar. Tetapi dua minggu sebelum raya, dia masuk Pusat Perubatan Kedah.

“Dia hampir jatuh dalam satu majlis, tidak menghampiri beberapa program besar serta gagal mengadakan mesyuarat Exco kerajaan negeri sebanyak tiga kali,” kata tokoh PAS itu.

Beliau menambah, pemimpin PAS Pusat turun ke Kedah secara senyap-senyap untuk berjumpa Azizan.

Katanya, pemimpin berkenaan  tidak akan memberitahu tokoh tertentu yang tidak disenangi walaupun memegang jawatan penting.

“Tetapi politik sebegini tidak menguntungkan rakyat negeri Kedah,” tambah beliau.

Menurut pemimpin itu lagi, kerajaan negeri kini sudah tiga kali tidak mengadakan mesyuarat Exco sejak 5 Ogos iaitu tarikh Azizan dimasukkan ke KMC.

Tiada sesiapaun yang dibenarkan melawat Azizan, tambah beliau.

Azizan memanggil mesyuarat Exco kerajaan negeri esok.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments