Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

‘Anwar, rakyat Sabah tidak menyokong kamu’

 | September 7, 2012

Timbalan Ketua Umno Semporna, Datuk Nasir Sakaran berkata, majoriti rakyat Sabah menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak.

PETALING JAYA: Seorang  pemimpin BN Sabah mengingatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat supaya menjauhkan dari negeri itu kerana rakyat negeri di bawah bayu menolak mereka.

Timbalan Ketua Umno Semporna, Datuk Nasir Sakaran berkata, maJoriti rakyat Sabah menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, tindakan lompat parti Datuk Seri Lajim Ukin dan Datuk Wilfred Bumburing tidak memberi sebarang kesan kepada BN.

“Mereka berdua sudah biasa lompat parti jadi rakyat Sabah kini sedang menilai.

“Rakyat tertanya-tanya adakah pemimpin seperti yang mereka mahu,” katanya ketika diminta mengulas perkembangan politik terbaru di negeri itu.

Sabah kini menjadi simpanan tetap BN sejak Umno melebarkan sayap di negeri itu pada tahun 2004.

Anwar dan pemimpin pembangkang lain berulang kali mengatakan penguasaan BN akan berakhir dalam PRU ke 13.

Nasir berkata, usaha pihak tertentu menghidupkan semula bagi merancakkan lagi politik Sabah menjelang pilihan raya umum tidak akan berjaya.

‘Ungkit kisah lama’

Nasir berkata, sebahagian besar pemimpin dan ahli Usno telah menyertai  Umno.

“Saya mendengar pihak tertentu mencuba untuk menghidupkan semula Usno. Kononnya untuk meneruskan perjuangan Usno tetapi ia hanya mengungkit kisah lama.

“Mereka mahu mewujudkan nama sahaja, tetapi untuk apa? Mereka ini mungkin tidak tahu perjuangan Usno,” katanya lagi.

Difahamkan antara yang mahu cuba menghidupkan semula Usno ialah anak pengasas parti iaitu Datu Baharudin Tun Mustapha.

Menurut Nasir, bekas Presiden Umno Tan Sri Osu Sukam serta yang lain telah menyertai Umno.

Beliau menambah, rakyat Sabah hari ini gembira dengan Umno dan  Najib dan ini dapat dibuktikan dalam siri lawatan Perdana Menteri ke negeri itu.

Bercakap mengenai perkembangan terbaru politik Sabah, Nasir berkata, rakyat negeri itu akan terus memberi mandat kepada BN dalam PRU ke 13.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments