Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

BN Selangor persoal Khalid lantik 4 jurucakap isu Talam

 | September 7, 2012

Ketua Penerangannya, Datuk Yap Pian Hon mendakwa langkah Menteri Besar itu seolah-olah sengaja mengenepikan ahli exco kerajaan negeri Selangor.

PETALING JAYA:  Barisan Nasional (BN) Selangor mempersoalkan tindakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang melantik empat jurucakap rasmi untuk isu Talam dan mendakwa wujud agenda tertentu mengenainya.

Ketua Penerangannya, Datuk Yap Pian Hon mendakwa langkah Menteri Besar itu seolah-olah sengaja mengenepikan ahli exco kerajaan negeri Selangor.

Malah beliau menganggap pelantikan kesemua jurucakap itu adalah tidak wajar memandangkan mereka bukan di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mahupun exco.

“Apa autoriti mereka (jurucakap dilantik) mewakili kerajaan negeri Selangor? Langkah Menteri Besar seolah-olah mendedahkan bahawa ahli-ahli exco tidak mengetahui dan memahami isu Talam atau sengaja mengenepikan rakan exco untuk menyembunyikan agenda tertentu.

“Pengumuman ini hanya menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapan bagi isu Talam dan rakyat berhak mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan pendekatan kerajaan negeri Selangor pimpinan Abdul Khalid ini.

Pada Rabu lalu, Abdul Khalid mengumumkan pelantikan empat jurucakap bagi berbincang dan berdebat isu Talam dengan mana-mana individu atau organisasi yang bersesuaian.

Empat individu tersebut adalah ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefli Ahmad, ahli Parlimen Selayang, William Leong, ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin sebagai jurucakap rasmi.

Dakwa Yap, janji Menteri Besar agar kertas putih isu Talam untuk disiarkan pada hujung tahun 2010 masih belum dikotakan dan menyifatkan ia seperti cakap tidak serupa bikin.

Tindakan itu juga katanya menyebabkan rakyat hilang kepercayaan terhadap pemimpin Pakatan di negeri ini


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments