Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Pengurusan rayuan pendakwaan Anwar 23 November

 | September 7, 2012

Pada 9 Januari lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan.

PUTRAJAYA: Rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan ditetapkan untuk pengurusan kes pada 23 November depan.

Tarikh itu ditetapkan semasa pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan N. Kanageswari hari ini.

Beliau menetapkan tarikh lain untuk pengurusan kes selepas nota keterangan tidak lengkap oleh itu, rekod rayuan juga tidak lengkap.

Peguam Anwar, Ram Karpal Singh berkata pihak pendakwaan dan pembelaan memerlukan masa untuk meneliti rakaman perbicaraan sebelum menetapkan tarikh perbicaraan.

Pada 9 JanuariĀ  lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful, 26, di sebuah unit di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Penjara dan sebatan

Anwar, 65, dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan memfailkan notis rayuan 20 Januari lepas berhubung pembebasan ketua pembangkang itu daripada tuduhan meliwat.

Pada 9 Julai lalu, pendakwaan memfailkan petisyen rayuan yang mengandungi sembilan alasan.

Dalam penghakiman bertulis setebal 80 muka surat Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan berlaku penetrasi tetapi tiada bukti sokongan.

Beliau berkata adalah tidak selamat bagi mahkamah bergantung pada keputusan ujian DNA Mohd Saiful kerana sampel berkenaan bolehdiusik sebelum sampai kepada Jabatan Kimia untuk dianalisis.

Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badarudin mewakili pihak pendakwaan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments