Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Safee Sali bebas sokong mana-mana parti politik

 | September 7, 2012

Tiada isu yang timbul apabila pemain bolasepak negara Safee Sali menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran PKR.

PETALING JAYA:  Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor  Shuhaimi Shafiei berkata, tiada isu yang timbul apabila pemain bolasepak negara, Safee Sali yang menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail baru-baru ini.

“Ini perkara biasa. Kita biasa menjemput pemain-pemain bolasepak untuk turut sama menghadiri program anjuran PKR. Maka, dalam kes Safee ini juga adalah tidak berkecuali.

“Jika benar sekalipun Safee menyokong PKR, itu adalah hak beliau. Malah, sudah ramai atlit negara yang menyatakan sokongan kepada parti politik tertentu. Terbaru , atlit skuasy negara, Azlan Iskandar menyertai Umno. Jadi tiada apa yang mahu dihairankan”, katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Manakala ahli timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor,  Khalid Samad berkata, jika Safee menyokong PKR, itu perkara yang baik kerana setiap satu undi adalah bermakna, kerana setiap parti politik yang bertanding memerlukan sokongan daripada seramai mana yang boleh.

Apabila ditanya adakah Safee menyokong PKR, Khalid menjawab, “itu kena tanya dia sendiri.”

Gambar Safee yang menghadiri majlis itu tersebar di blog- blog menjadi perbualan dan pertanyaan orang ramai adakah beliau merupakan penyokong PKR.

Pengurus Safee, Zakaria Rahim merupakan penyokong kuat PKR dan merupakan bekas Ketua Cabang PKR.

Sebuah blog dipetik melaporkan Safee menafikan menyokong PKR. Safee katanya sebagai rakyat Malaysia tidak mengambil kira tentang parti yang membuat rumah terbuka itu kerana beliau hanya ingin menemuai peminat beliau dan sebagai rakyat Selangor adalah tidak manis jika beliau menolak jemputan rumah terbuka itu.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments