Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

PAS bincang kedudukan Nasha esok

 | September 8, 2012

Mursyidul Am parti Nik Aziz Nik Mat menyifatkan beliau (Nasharuddin Mat Isa) sebagai manusia biasa.

SHAH ALAM: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau menyerahkan kedudukan dan masa depan bekas Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa kepada parti yang bermesyuarat esok.

Beliau yang menyifatkan Nasharuddin hanya sebagai manusia biasa sebaliknya enggan memberi ulasan lanjut berhubung sebarang keputusan itu esok.

“Tunggu esok, mesyuarat itu ada. Pagi mesyuarat agung dan petang ada jamuan raya. Kita tengok mesyuarat esok macam mana.

“Dia (Nasharudin) seorang manusia. Apa dok bising sedangkan orang lain pun manusia biasa juga. Dia manusia biasa, malah dia bertanding tiga penjuru pun kalah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai nasib Nasharuddin ketika ditemui pada Majlis Himpunan Pendidik Islam 2012: Pendidik Menjana Kebijaksanaan di Universiti Selangor (Unisel) dekat sini hari ini.

Pada majlis itu, Menteri Besar Kelantan itu turut dianugerahkan sebagai Tokoh Pendidik Nusantara.

PAS akan mengadakan mesyuarat agungnya di sebelah pagi dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri di sebelah petang manakala Majlis Syura Ulama pula akan bermesyuarat di sebelah malam.

Sementara itu, beliau turut berkata, jika kesihatannya mengizinkan beliau akan hadir esok pada majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri yang akan diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampong Baru, Kuala Lumpur.

Nasharuddin pada 16 Ogos lalu, sekembalinya dari Mekah, menuduh Karpal Singh sebagai anti–Islam berikutan pendirian Pengerusi Kebangsaan DAP itu yang menolak pelaksanaan hudud.

Disebabkan kenyataan Nasharuddin itu, Karpal menyatakan beliau akan memulakan prosiding undang-undang terhadap Nasharuddin.

Nasharuddin juga dilaporkan bergambar bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Mekah ketika mengerjakan umrah pada bulan Ramadhan yang lalu.

Beliau dilaporkan membuat kenyataan dengan menyarankan supaya PAS keluar dari Pakatan Rakyat ekoran penentangan DAP berhubung pelaksanaan hukum hudud.

Tags: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments