Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Pekadin sambut baik program transformasi pendidikan khas

September 8, 2012

Mereka berharap program itu dilaksanakan secara holistik supaya pelajar di kawasan luar bandar menikmati kemudahan yang sama dengan pelajar di bandar.

TUARAN: Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (Pekadin) menyifatkan hasrat kerajaan Persekutuan melancarkan program transformasi pendidikan khas bagi masyarakat pribumi di Sabah sebagai langkah bijak yang menyerlahkan komitmen kerajaan menjayakan gagasan 1Malaysia.

Naib Presidennya Luis Lidong berkata selain memanfaatkan ribuan pelajar luar bandar termasuk dari rumpun masyarakat Kadazandusun Murut, Pekadin berharap program itu dilaksanakan secara holistik supaya pelajar di kawasan luar bandar yang kebanyakannya penduduk asal menikmati kemudahan yang sama dengan pelajar di bandar atau pinggiran bandar.

“Oleh itu kami di Pekadin menyokong penuh usaha kerajaan melancarkan program transformasi pendidikan untuk merapatkan jurang perbezaan pencapaian akademik antara pelajar bandar dan luar bandar,” katanya kepada Bernama, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung perkara itu yang dipetik sebagai berkata bahawa kerajaan menyedari tidak boleh menggunakan formula yang sama untuk semua pihak kerana ada masyarakat yang memerlukan tumpuan dan perhatian tertentu.

Sambil menyambut baik kenyataan itu, Luis berkata komitmen tinggi kerajaan itu jelas memenuhi aspirasi konsep 1Malaysia yang antara lain mengutamakan kepentingan semua kaum termasuk kaum minoriti di negara ini, khususnya dalam bidang pendidikan.

Sambil menyambut baik cadangan Kementerian Pelajaran untuk merangka semula sukatan pelajaran Sejarah di peringkat sekolah, Pekadin berharap agar kerajaan  memberi sedikit fokus kepada sejarah pembentukan Malaysia dalam silibus baru bagi membolehkan golongan muda khususnya di Sabah dan Sarawak memahami secara mendalam sejarah berkenaan termasuk terma-terma perjanjiannya, katanya. – Bernama

Tags: Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (Pekadin), Naib Presiden Luis Lidong,


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments