Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

PAS berang tindakan MPS turunkan bendera parti

 | September 9, 2012

Persoalannya ialah kenapa bendera BN yang turut dipasang di Dataran Senawang tidak pula diturunkan?

SENAWANG: Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani hari ini melahirkan rasa berang terhadap tindakan penguatkuasa Majlis Perbandaran Seremban (MPS) yang menurunkan kira-kira 40 bendera PAS di Dataran Senawang pagi semalam iaitu tempat berlangsungnya Jamuan Hari Raya anjuran PAS Negeri Sembilan.

“Kami memasang bendera PAS sehari sebelum (Jumaat) majlis ini berlangsung. Jamuan Hari Raya ini bermula 11.00 pagi dan berakhir 3.00 petang semalam. Kami sepatutnya menurunkan bendera PAS pada petang semalam juga selepas majlis berakhir.

“Bagaimanapun ketika kami sedang menyiapkan makanan, minuman, kerusi dan meja untuk orang ramai, kira-kira pukul 9.30 pagi, penguatkuasa MPS menurunkan bendera PAS.

“Kita tidak ada masalah dengan penguatkuasa MPS jika itu tugas mereka.

Persoalannya ialah kenapa bendera Barisana Nasional (BN) yang turut dipasang di Dataran Senawang tidak pula diturunkan?

“Bendera PAS diturunkan apabila baru sehari dipasang. Kita pasang bendera PAS pun kerana kita anjurkan majlis jamuan Hari Raya di sini memandangkan Dataran Senawang juga terletak di dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Paroi. Manakala bendera BN sudah dipasang sejak berbulan-bulan lamanya.

“Jika memasang bendera di Dataran Senawang satu kesalahan, mengapa tindakan yang sama tidak diambil terhadap bendera BN di sini?,” tanya Mohd Taufek yang juga merupakan Adun Paroi.

Tinjauan FMT pagi ini di Dataran Senawang mendapati bendera-bendera BN yang diikat di pokok Palma masih berkibar seperti biasa.

Sementara itu Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan, Mohd Hassan Tamby pula menyifatkan tindakan MPS ini sebagai tindakan pilih kasih.

“Tindakan MPS ini menggambarkan seolah-olah MPS mengikut telunjuk BN. Saya rasa Umno-BN Negeri Sembilan sudah terdesak dan perkembangan terbaru ini menggambarkan tanda-tanda kejatuhan Umno-BN semakin hampir.

“Tindakan menurunkan bendera PAS tidak menjejaskan sambutan ribuan orang ramai yang hadir di jamuan Hari Raya yang diadakan di Dataran Senawang semalam,” katanya.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments