Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Rayuan kes liwat 2: Tindakan menzalimi Anwar

 | September 9, 2012

Rayuan ini tidak didokong secara perundangan melainkan ia merupakan suatu tindakan politik jahat Umno-Barisan Nasional, kata peguam N Surendran.

PETALING JAYA: PKR menyifatkan rayuan terhadap pembebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat 2 yang dibuat 7 September lalu di Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur sebagi zalim dan suatu jenayah.

Naib Presiden N Surendran yang juga seorang peguam berkata, rayuan ini tidak didokong secara perundangan melainkan ia merupakan suatu tindakan politik jahat yang benar-benar tulen oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak dan Umno-Barisan Nasional (BN).

“Bercanggah dengan tugas untuk berlaku adil, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail meneruskan rayuan yang tidak berasas ini, semata-mata untuk berkhidmat kepada tuan-tuan politik Umno-BN tadi,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut beliau, keseluruhan kes liwat 2 adalah rekaan ganas yang diada-adakan dan jenayah yang diatur oleh Umno-BN, dengan kerjasama kepimpinan tertinggi polis.

“Hal ini telah mendapat kecaman dari seluruh dunia oleh negara-negara, pertubuhan serta tokoh-tokoh terkemuka,” terangnya.

Tegas Surendran, “konspirasi jenayah ini sentiasa bertujuan untuk menamatkan perjuangan panjang Anwar untuk Reformasi dan menghalang Pakatan Rakyat daripada mengambil alih kuasa kerajaan persekutuan.

“Usaha tidak henti-henti kes liwat 2 terhadap Anwar mendedahkan sifat Najib yang tidak bertanggungjawab, tidak berakhlak dan zalim.

“Meskipun berpura-pura melibatkan diri dalam politik demokratik, Najib bukannya terlibat dalam perdebatan politik bertamadun. Bahkan, Najib tanpa malu meneruskan tradisi jenayah Umno-BN yang menganiaya dan memenjara lawan politik.

“Walaupun berpura-pura menjuarai pendemokrasian, Najib terus mempengaruhi dan memesongkan proses undang-undang dalam usaha untuk memenjarakan ketua pembangkang parlimen itu.

Menurut beliau, dengan berbuat demikian, Najib menuruti jejak langkah sejarah pemerintah zalim seperti Stalin dan Mubarak, yang turut menggunakan sistem perundangan negara untuk memusnahkan lawan-lawan politik mereka.

“Kami menyeru Najib, Umno-BN dan Peguam Negara untuk menarik balik rayuan liwat 2 dengan serta-merta serta menghentikan kelakuan jenayah dalam memanipulasikan sistem perundangan terhadap pembangkang untuk selama-lamanya,” tegas Surendran.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments