Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Gembirakan kawan, kecewakan lawan

 | September 10, 2012

Majlis Syura bukanlah jawatankuasa disiplin, ia adalah mesyuarat bulanan badan tertinggi PAS.

PETALING JAYA:   Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan Majlis Syura yang bersidang semalam menggembirakan kawan dan mengecewakan lawan.

“Majlis Syura bukanlah jawatankuasa disiplin, ia adalah mesyuarat bulanan badan tertinggi PAS. Kami (ahli Majlis Syura) telah memutuskan mengenai perkara ini dan kita perlu menerimanya serta bersetuju untuk hanya Presiden sahaja yang dibenarkan untuk memberikan komen.

Ditanya mengenai ada situasi pilih kasih dalam kes Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok itu, Tuan Ibrahim menyatakan, keputusan telah dibuat secara perbincangan dan situasi Nasharudin juga tidak sama seperti kes Datuk Hasan Ali.

“Hasan telah diberikan amaran bertulis dan pemecatannya dibuat mengikut prosedur. Situasinya jauh berbeza dengan Nasharudin.”,katanya.

Mesyuarat semalam telah dipengerusikan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din setelah Datuk Nik Aziz Nik Mat meninggalkan mesyuarat itu setelah 20 minit bersidang kerana dipercayai kurang sihat.

Majlis Syura PAS semalam memutuskan untuk tidak membincangkan kedudukan Nasharudin kerana tiada isu berbangkit serta tiada sebarang keperluan untuk membincangkannya. Nasha kekal sebagai anggota Majlis Syura dan tiada sebarang tindakan yang akan diambil terhadap beliau.

Pada 14 Ogos lalu, Nasharudin menggesa kepimpinan PAS menyatakan pendirian sebenar parti itu berhubung penolakan secara konsisten DAP terutama Pengerusinya, Karpal Singh terhadap cita-cita menubuhkan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud atau keluar segera daripada pakatan pembangkang.

Menurut Nasharudin, perkara itu wajar diberi perhatian serius pucuk pimpinan PAS ekoran timbulnya keresahan di kalangan penyokong di peringkat akar umbi selepas DAP dan Karpal berterusan menolak asas perjuangan Pas tersebut.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments