Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Isu peniaga pasar malam bukan dakyah politik PKR

 | September 10, 2012

Nurul berkata demikian ekoran tuduhan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Raja Nong Chik Zainal Abidin.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menafikan bantahan peniaga pasar malam terhadap pembangunan Kampung Kerinchi termasuk kawasan pasar malam sebagai dakyah politik Pakatan Rakyat.

“Saya selar sekiranya kenyataan saya ini dikatakan dakyah dan agen provokatur.

“Isu ini serupa dengan isu penduduk di Brickfields,” kata Nurul yang juga ialah Naib Presiden PKR ketika ditemui di pasar malam Kampung Kerinchi.

Ini berikutan kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Raja Nong Chik Zainal Abidin dalam akhbar Harian Metro yang menyatakan pasar malam Kampung Kerinci perlu ditutup untuk memudahkan proses pembangunan semula di kawasan tersebut.

Raja Nong Chik berkata penentangan peniaga berpunca dari age nda pembangkang untuk memporak-perandakan rancangan pembangunan kawasan ini.

100 peniaga

Kira-kira 100 peniaga berniaga  setiap hari Isnin dan Jumaat di sini.

Pemaju secara lisan bersetuju untuk membenarkan operasi peniaga sehingga bulan November.

Bagaimanapun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menegaskan akan menutup pasar malam itu pada minggu ini.

Sementara itu, Nurul turut meminta DBKL memberikan beliau laporan berkaitan untuk memastikan kesejahteraan penduduk dan peniaga setempat.

“Saya harap mereka memberikan saya laporan penilaian alam sekitar dan laporan penilaian trafik.

“Kawasan niaga alternatif juga tidak diberitahu lagi,” kata Nurul dalam sidang akhbar yang turut dihadiri wakil peniaga.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments