Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Polis tahu program Anwar di Melaka, kata PKR negeri

 | September 10, 2012

Mohd Yusof berkata, pihaknya telah membuat laporan polis termasuk menyerahkan nama dan alamat orang yang terlibat dengan insiden tersebut.

MELAKA: PKR Melaka mendakwa polis negeri mengetahui program Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelajah Melaka di Jasin Sabtu lalu.

Bagaimanapun, Pengarah Strategi PKR negeri, Mohd Yusof Abdullah mendakwa, pasukan keselamatan gagal menangani kejadian tersebut dengan adil.

“Polis gagal mengawal walaupun sudah diberitahu mengenai program tersebut seperti berkumpul di atas jalan laluan ang membawa rombongan tersebut.

“Kenapa membiarkan orang baling cat merah ke arah bas tetapi pengawal peribadi Anwar begitu cepat ditangkap?

“Insiden seperti ini pernah berlaku di Melaka, ini bermakna polis boleh mengawal keadaan ini dengan mudah,” kata Pengarah Strategi PRK negeri, Mohd Yusof Abdullah.

Bas rombongan Jelajah Merdeka Rakyat kendalian PKR sebelum ini turut disimbah dengan cat merah ketika melawat Kelantan.

Dalam insiden tersebut, seorang pengawal peribadi Anwar ditahan kerana didakwa mengacu pistol kepada pemuda yang menghalang rombongan tersebut.

Bagaimanapun, pemuda tersebut telah dibebaskan atas jaminan polis.

Penghulu dan JKKK

Ketua AMK yang juga orang nombor satu PKR Melaka, Shamsul Iskandar Md Akin percaya ia didalangi oleh Pemuda Umno.

“Kami mendapat tahu ketika rombongan tersebut sedang menuju Taman Mesra Rim 2 di Jasin pada petang Sabtu. Di sekitarnya ada kira-kira 10 kain rentangĀ  yang dipercayai dipasang oleh orang Umno.

“Mereka dalam lingkungan 10 orang membuat halangan laluan berkenaan dan kemudianĀ  kerumun kereta di depan bas yang membawa Anwar. Apabila ternampak bas, mereka mengalih perhatian kepada bas yang membawa Anwar.

“Apabila mereka berbuat demikian, pengawal peribadi Anwar terpaksa mempertahankan diri,” katanya.

Mohd Yusof berkata, pihaknya telah membuat laporan polis termasuk menyerahkan nama dan alamat orang yang terlibat dengan insiden tersebut.

Walaupun dihalang, Anwar berjaya menghadiri lima program iaitu di Ayer Limau; Paya Rumput; Bachang; Rim dan Gadek.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments