Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Peringatan buat penender Langat 2

 | September 11, 2012

Menurut Menteri Besar Selangor, kerajaan negeri mempunyai kuasa tertentu yang termaktub dalam perlembagaan dan Kanun Tanah Negara.

SHAH ALAM: Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengingatkan para penender projek loji rawatan air Langat 2 agar menyedari bahawa kerajaan negeri mempunyai kuasa yang termaktub dalam perlembagaan.

“Kerajaan negeri mengingatkan pemohon tender bahawa kita ada kuasa tertentu yang  termaktub dalam perlembagaan dan Kanun Tanah Negara.

“Kuasa ini termasuklah memasuki tapak, kebenaran merancang dan lain-lain,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat mingguan exco di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Kerajaan Persekutuan yang membuka tender Langat 2, walaupun sedia maklum ia gagal untuk mendapat persetujuan kerajaan Selangor untuk meneruskan projek tersebut.

Menurut beliau, tindakan Kerajaan Persekutuan membuka tender Langat 2 adalah di bawah tanggungjawab mereka.

Beliau berulang kali menegaskan kerajaan Selangor tidak akan bersetuju mengenai projek Langat 2, selagi penyusunan semula air tidak dilakukan.

Ketika ditanya sama ada Kerajaan Selangor akan mengambil tindakan undang-undang, Abdul Khalid berkata beliau bercadang untuk menulis surat kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Media melaporkan hari ini bahawa iklan tender telah disiarkan melalui laman web Syarikat Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) iaitu sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan.

Tarikh tutup tawaran tender itu ialah pada 20 November dan taklimat mengenainya akan diadakan di Menara Multi Purpose di Kuala Lumpur esok.

Milik kerajaan negeri

Sementara itu, Abdul Khalid berkata mana-mana tanah negeri yang pernah digunakan untuk tujuan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), tetapi tidak dirizabkan adalah milik kerajaan negeri.

Kerajaan Selangor mengambil berat hal ini, ekoran cadangan Kerajaan Persekutuan untuk menswastakan KTMB kepada sebuah syarikat swasta.

Rancangan ini katanya, akan mengakibatkan aset dan pegangan milik KTMB dianggarkan RM50 bilion jatuh kepada syarikat terlibat.

“Jesteru, ia bertentangan dengan hasrat awal kerajaan negeri menyerahkan hartanah itu kepada KTMB memandangkan KTMB adalah syarikat utiliti milik penuh Kerajaan Persekutuan.

“Penyerahan harta telah dibuat atas semangat federalisme antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments