Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Elak amalan tikam dari belakang

September 12, 2012

Perbuatan itu boleh menjejaskan peluang calon Barisan Nasional untuk menang.

KOTA KINABALU: Ketua Penerangan Umno Sabah Datuk Sapawi Ahmad mahu anggota Umno di negeri itu mengutamakan disiplin dan mengelakkan amalan menikam dari belakang terutama dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata perbuatan itu boleh menjejaskan peluang calon Barisan Nasional (BN) untuk menang.

“Sememangnya, kita bersetuju dan mengalu-alukan amaran Timbalan Perdana Menteri untuk diambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang belot atau tikam dari belakang ketika kita berhadapan situasi menghadapi pilihan raya umum,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Sapawi ditemui selepas menghadiri majlis penutupan Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang peringkat negeri Sabah 2012, anjuran Jabatan Penerangan Sabah di sini malam tadi. Turut hadir Pengarah Jabatan Penerangan Sabah Almain Ajirul.

Ahad lepas, Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran anggota atau pemimpin Umno yang didapati mensabotaj calon akan disingkir daripada parti.

Sapawi berkata sebagai sebuah parti yang besar dan kukuh, Ummo memerlukan satu disiplin serta keberanian untuk bertindak demi masa depan negara dan Umno sebagai tulang belakang kerajaan BN.

Terdahulu, dalam ucapannya, Sapawi yang juga Exco Penerangan negeri berkata program Kembara Merdeka Jalur Gemilang merupakan satu wadah atau landasan untuk menyemarakkan patriotisme dalam kalangan rakyat pelbagai kaum.

“Program berunsurkan perpaduan dan permuafakatan adalah teras untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan sebab itu, kita berulang-ulang mengadakan program ini (Kembara Merdeka Jalur Gemilang) untuk merealisasikannya,” katanya.

- Bernama


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments