Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Nasha disokong pemimpin pro k`jaan perpaduan

 | September 12, 2012

Datuk Haron Din dan Datuk Harun Taib bersama-sama dengan Nasha untuk membentuk kerajaan perpaduan, dakwa blogger pro PAS.

PETALING JAYA: Blogger pro PAS, Abdul Rahman Talib  mendakwa, Majlis Syura tidak mengambil tindakan terhadap Nasharudin  Mat Isa sebahagian besar  menyokong bekas Timbalan Presiden PAS itu dalam isu kerajaan perpaduan dengan Umno.

“Datuk Haron Din (Timbalan Mursyidul Am) dan Datuk Harun Taib (Ketua Dewan Ulama) bersama-sama dengan Nasha menyokong membentuk kerajaan perpaduan.

“Pemimpin Dewan Ulama dan Pemuda (PAS) juga menyokong Nasha. Terengganu juga menyokong Nasha,” dakwanya ketika dihubungi.

Malam Ahad lalu, selepas mesyuarat Majlis Syura, Abdul Hadi memberitahu wartawan, Nasha kekal sebagai ahli majlis  dan mesyuarat tidak membincangkan isu tersebut.

Bagaimanapun, Abdul Rahman membuat andaian isu telah dibincang lebih awal tetapi tidak diumumkan.

`Nasha akan selamat’

“Selagi Haron berada dalam Majlis Syura, Nasha akan selamat,” tambahnya.

Abdul Rahman mendakwa, mereka yang menentang pemimpin berkenaan akan bertindak dalam muktamar parti dengan menjatuhkan mereka.

“Kalau mereka bertindak sekarang, ia akan menyebabkan krisis dalam PAS,” tambah beliau lagi.

Dalam muktamar lalu, Nasharudin gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden PAS setelah kalah kepada Mohd Sabu.

Dalam pemilihan tiga penjuru yang membabitkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Nasharudin mendapat 224 undi; Mohamad  420 undi  dan Tuan Ibrahim 399 undi.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments