Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Pengawal peribadi Anwar terima ugutan

 | September 12, 2012

"Hello bro sampai Johor aku tunggu kau dengan pistol," laporan polis itu dipetik.

PETALING JAYA: Salah seorang pengawal peribadi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima panggilan berbaur ugutan sempena Jelajah Merdeka Rakyat ke Johor Jumaat ini.

Ahmad Fauzi Mahpab, 39, semalam menerima panggilan daripada seorang lelaki tidak dikenali menggunakan talian tetap mengancamnya mahu menggunakan senjata api jika beliau ke Johor.

Bimbang dengan keselamatan diri sekiranya beliau ke Johor, Ahmad Fauzi kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Damansara di sini hari ini.

“Hello bro sampai Johor aku tunggu kau dengan pistol,” laporan polis itu dipetik.

Sementara itu, Ahmad Fauzi dalam sidang media turut mempertahankan tindakan rakan setugasnya semasa insiden di Kampung Baru Rim, Jasin Sabtu lalu itu cuma satu prosedur biasa yang diambil bertujuan melindungi prinsipal selepas menerima gangguan dan provokasi.

“Beliau tidak mengacukan pistol, pergerakannya dalam kereta itu disalahertikan,” jelasnya yang berkhidmat sebagai pengawal peribadi Ketua Umum PKR itu selama empat tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah sebelum ini dalam siasatan awal turut mengesahkan tindakan lelaki itu tidak mengancam sesiapa, sebaliknya hanya menjalankan tugas sebagai pengawal peribadi.

Bidas Perkasa

Bagaimanapun, Raja Shahrom berkata polis akan menjalankan siasatan lanjut melalui rakaman video dan gambar yang dirakam orang awam.

Sementara itu Anwar berkata polis setakat ini masih belum memanggilnya untuk memberi keterangan, dan lelaki itu masih berkhidmat sebagai pengawal peribadinya.

Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad turut membidas kenyataan Perkasa sebelum ini yang menafikan pihaknya terlibat dalam insiden simbah cat.

Nik Nazmi berkata, penulis blog ‘Jiwa Paradox’ yang menjadi saksi kejadian serta memiliki video rakaman menjadi bukti kerana beliau merupakan kakitangan sambilan Badan Perhubungan Umno Melaka dan Setiausaha Kehormat Gerakan Belia 4B Kawasan Jasin.

“Kami sedang kenal pasti sama ada beliau terlibat secara langsung dalam kejadian simbah cat.

“Kami harap kejadian sebegini tidak akan berlaku lagi di Johor nanti,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments