Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Persatuan pengusaha kereta gesa hapuskan AP

 | September 12, 2012

Sistem bidaan mungkin lebih adil jika dibuka kepada orang awam yang berminat dalam perniagaan ini, katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

KUALA LUMPUR: Persatuan pengedar kereta mencadangkan supaya dasar permit import (AP) segera dihapuskan dan digantikan dengan sistem bidaan yang lebih adil.

Presiden Persatuan Pengedar Kereta dan Syarikat Kredit Kuala Lumpur-Selangor,  Khoo Kah Jin berkata, sistem bidaan secara terbuka mampu menggalakkan lagi persaingan dalam industri automotif.

“Kerajaan janji nak hapuskan AP pada tahun 2005 namun ditangguhkan ke tahun 2010, sekarang AP masih lagi wujud dan dikenakan fi RM10,000 kepada pemegang permit.

“Sistem bidaan mungkin lebih adil jika dibuka kepada orang awam yang berminat dalam perniagaan ini,” katanya dalam sidang media di Ibu
Pejabat PKR di sini hari ini.

AP diperkenalkan pada sejak tahun 1970 bertujuan untuk menggalakkan dan memberi peluang terutamanya kepada usahawan Bumiputera bersaing dalam sektor automotif.

Kenyataan Khoo itu merupakan salah satu cadangan yang dikemukakannya dalam menangani impak penurunan harga kereta.

Katanya, penurunan harga kereta bukan menjadi satu beban besar kepada industri sebaliknya Dasar Automotif Negara (NAP) yang dilaksanakan itu sendiri yang menyukarkan pengedar menangani masalah harga pasaran kereta yang tidak menentu.

Khoo berkata, pengedar mengalami krisis yang teruk semasa pengurangan duti eksais dalam NAP 2006 menyebabkan harga kereta terpakai jatuh mengatasi jumlah pinjaman tertunggak sekaligus menjejaskan syarikat kewangan.

Tempoh pinjaman dikurangkan

“Jika Pakatan nak buat polisi, pengurangan duti eksais perlu dilaksanakan secara berperingkat,” katanya.

Selain itu, beliau mencadangkan supaya tempoh pinjaman bayaran kereta dikurangkan sehingga tujuh tahun berbanding sembilan tahun yang
dianggapnya satu sistem yang kurang sihat kerana nilai kereta pastinya jatuh dalam tempoh tersebut.

Beliau turut mencadangkan supaya pembelian permit yang dikenakan keatas setiap pembelian trak melebihi berat 5tan dihapuskan kerana tidak menguntungkan kerajaan.

Malah, katanya permit yang perlu diperolehi daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan hanya RM45 setahun itu hanya menggalakkan sistem ‘ali baba’ apabila permit itu disewakan tanpa kawalan.

Persatuan Pengedar Kereta dan Syarikat Kredit Kuala Lumpur-Selangor telah beroperasi dalam industri sejak 55 tahun lalu dan kini memiliki kira-kira 4,000 keahlian di seluruh negara.

“Kami tidak memihak pada mana-mana parti politik. Kami hanya prihatin kepada isu untuk kebaikan industri kereta.

Kebetulan apa yang dicadangkan Pakatan Rakyat ini lebih kurang sama dengan apa yang pernah persatuan kami bangkitkan selama ini,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments