Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Protes untuk Zunar di Washington

 | September 13, 2012

Himpunan protes tersebut dibuat kerana kekangan kerajaan terhadap kartunis politik, Zunar.

PETALING JAYA: Satu perhimpunan bagi membantah penyalahgunaan undang-undang yang membantutkan kebebasan berkarya kartunis politik telah berlangsung semalam di hadapan Kedutaan Malaysia di Washington, Amerika Syarikat.

Undang-undang yang dimaksudkan ialah Akta Hasutan 1948 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Protes bertemakan “Bebaskan Kartunis” turut diadakan sebagai tanda solidariti bersama kartunis Zulkiflee SM Anwar Ulhaque yang lebih dikenali sebagai Zunar.

Perhimpunan tersebut yang turut disertai Zunar dianjurkan oleh Cartoonist Rights Network International (CRNI) dan pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa, Amnesty International dan ia berlangsung selama 45 minit.

“Kerajaan telah menggunakan undang-undang tersebut untuk menghentikan saya dari membuat kritikan dan pendedahan berkenaan amalan korup kerajaan.

“Tujuh buah buku saya telah diharamkan oleh kerajaan Malaysia. Saya juga ditahan dibawah Akta Hasutan. Pejabat saya digeledah dua kali oleh pihak berkuasa dan kilang pencetak turut digeledah.

“Malah pengedar buku sering diberi amaran agar tidak menjual buku saya,” kata Zunar kepada mereka yang turut sama dalam himpunan menyanggah tindakan Putrajaya.

Kenyataan Zunar ini turut dihantar kepada FMT.

Laungan kritikan terhadap kerajaan bergema di situ. “Siapa berhak untuk melukis? Zunar! Siapa takut kartun? Kerajaan Malaysia!”

Himpunan bantahan ini turut disertai Pengarah Eksekutif CRNI Dr Robert Russell dan timbalan pengarah Andrew Rougier Chapman, penyelaras Amnesty International Becky Farrar, kartunis dan pemenang hadiah Pulitzer 2012 untuk Kartun Editorial Matt Wuerker, kartunis Iran yang dibuang negeri Nik Kowsar dan kartunis Amerika yang terkenal, Jeff Parker.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments