Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Anwar: Hishammuddin angkuh

 | September 15, 2012

Beliau juga tidak faham tugas menteri (Keselamatan Dalam Negeri), kata Anwar ketika berceramah di Skudai malam tadi.

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Hussein sebagai seorang yang angkuh kerana gagal memberi jaminan keselamatan terhadap kempen Jelajah Merdeka Rakyat.

‘Kita panggil keangkuhan dalam berkuasa. Dia tak sedar sedang berlaku gegaran hebat di Johor. Ini menunjukkan Menteri Dalam Negeri gagal mendisiplinkan penyokong Umno, sanggup guna apa saja untuk kekalkan kuasa.

“Kita pun ada penyokong. Tapi, kita suruh penyokong sabar, usah layan provokasi. Mereka baling cat merah, (kalau) kita baling cat biru, bila nak habis.

“Beliau juga tidak faham tugas menteri (Keselamatan Dalam Negeri) ?” katanya ketika berceramah di Skudai malam tadi seperti dilapor keadilandaily.

Bas PKR yang digunakan dalam program Jelajah Merdeka Rakyat disimbah cat merah  di depan Masjid Jamek Tangkak selepas solat Jumaat.

Bagaimanapun, NGO Jingga mendakwa Umno dan BN sanggup melakukan apa sahaja untuk menyekat Anwar dan Pakatan Rakyat dari merampas Putrajaya.

“Apa yang dilakukan oleh Anwar dan Pakatan Rakyat sudah memberi kesan dan Umno semakin takut.

“Tetapi kami (Pakatan Rakyat) tidak pernah menganggu program Umno mahupun Datuk Seri Najib Tun Razak,” kata kordinator Jingga 13, Faris Musa.

Sementara itu, Umno Ledang menjelaskan, Anwar sudah boleh menjangka apa yang bakal berlaku terhadap rombongan Jelajah Merdekanya.

“Sepatutnya dia lebih tahu kerana ada orang yang menyampah…buat sendiri kita  tidak tahu,” kata Timbalan Ketua bahagian, Hamim Samuri.

“Dia (Anwar) penuh dengan body guard (pengawal keselamatan), patut dia kawal.

“Tetapi semua buruk Umno…dia semua baik,” tambahnya yang juga ahli Parlimen Ledang.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments