Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Bekas timbalan menteri Yahya Lampong sertai PKR

September 16, 2012

Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis sambutan Hari Malaysia anjuran pakatan pembangkang di Dalit, dekat sini malam tadi.

TUARAN: Bekas Timbalan Menteri persekutuan Datuk Yahya Lampong menyertai PKR untuk meneruskan perjuangannya
dalam arena politik.

Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis sambutan Hari Malaysia anjuran pakatan pembangkang di Dalit, dekat sini malam tadi.

Yahya, yang merupakan antara bekas pemimpin veteran parti Usno yang sudah dibubarkan sebelum menyertai Umno, hadir sama pada majlis itu. Turut hadir ialah bekas anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Lajim Ukin dan bekas timbalan presiden Upko Datuk Seri Wilfred Bumburing.

Pada sebelah pagi semalam, Anwar mengumumkan penyertaan tokoh korporat terkenal Tan Sri Ibrahim Menudin ke dalam PKR di Labuan.
Sebelum ini, Lajim dan Bumburing menyatakan sokongan terhadap perjuangan pakatan pembangkang di Sabah.

Bernama


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments