Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

‘Innocence of Muslims’: AS mesti bertanggungjawab

 | September 18, 2012

Filem itu adalah cerminan keangkuhan dan kebiadapan musuh Islam yang secara tuntas menghina Nabi Muhammad saw serta mengguris perasaan umat Islam di seluruh dunia.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin kanan PKR mahu kerajaan Amerika Syarikat bertanggungjawab dengan mengutuk penerbitan filem kontroversi “Innocence of Muslims” yang menghina agama Islam dan Junjungan Besar Nabi Muhammad saw.

Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali mendesak Amerika mengambil usaha proaktif untuk mewujudkan keamanan dunia dan mengikis persepsi yang buruk di kalangan umat Islam ekoran dari penerbitan filem itu.

“Filem hasil karya seorang rakyat Amerika Sam Bacile, adalah cerminan keangkuhan dan kebiadapan musuh Islam yang secara tuntas menghina Nabi Muhammad saw serta mengguris perasaan umat Islam di seluruh dunia.

“Jelas, filem ini gagal menyuburkan nilai-nilai sejagat yang menghormati kepelbagaian agama. Malah saya yakin filem ini berniat jahat untuk mengganggu keamanan dan mencetuskan perasaan Islamophobia di kalangan warga dunia,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Azmin berkata PKR juga mencela pembunuhan yang dilakukan terhadap Christopher Stevans, Duta Besar Amerika Syarikat ke Libya beserta tiga pegawai kedutaan dalam rusuhan di Benghazi, Libya.

“Kami menyeru umat Islam supaya bertenang dan tidak bertindak melampaui batas kemanusiaan dengan melakukan keganasan melampau,” katanya.

“Keganasan yang dilakukan hanya akan memburukkan keadaan dan membentuk persepsi buruk dan negatif terhadap umat Islam,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak dan Adun Bukit Antarabangsa.

Justeru itu katanya, PKR mengajak umat Islam seluruh dunia untuk bertegas dalam mempertahankan kesucian Islam dan baginda Rasulullah saw tetapi pada masa yang sama menghargai keamanan dan tidak menghukum individu lain yang tidak bersalah.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments