Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Saya hanya debat tentang polisi, kata MB S’gor

 | September 18, 2012

Katanya, isu mengenai pengutipan wang membabitkan Talam itu adalah tanggungjawab kerajaan negeri dan ia perkara teknikal untuk dijelaskan.

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan bahawa beliau hanya akan berdebat tentang polisi dan pembangunan kerajaan negeri berbanding bercakap mengenai pengutipan wang Talam Corporation.

Katanya, isu mengenai pengutipan wang membabitkan Talam itu adalah tanggungjawab kerajaan negeri dan ia perkara teknikal untuk dijelaskan.

Maka beliau enggan membuang masa untuk berdebat dengan Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong mengenai isu Talam dan menyerahkan kepada empat individu dilantik untuk memberi penerangan.

“Saya telah nyatakan saya hanya boleh berbincang mengenai polisi-polisi dan isu pembangunan negeri tapi pengutipan wang untuk hutang itu bukan polisi namun ia adalah tanggungjawab negeri untuk mengutipnya.

“Jika nak bincang dan fahami modus operandi pengutipan hutang, ia perkara teknikal. Saya tak nak buang masa maka minta firma akauntan untuk semak sama ada usaha yang kita lakukan munasabah,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Rekabentuk di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK), petang tadi.

Pada minggu lalu, debat berhubung isu penstrukturan semula Talam berlangsung namun bertukar kecoh.

Pihak Tee Yong menegaskan mereka ingin berdebat dengan Menteri Besar Selangor sendiri.

Namun pihak Menteri Besar hanya menghantar wakil terdiri daripada ahli parlimen Pakatan Rakyat, Tony Pua (Petaling Jaya Utara), Dr Dzulkefly (Kuala Selangor) dan William Leong (Selayang) untuk berdebat dan menjelaskan tentang isu Talam ini.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments