Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Pilihan raya berasingan sekadar strategi parti

 | September 19, 2012

Sampai hari ini kita tak tahu bila tarikh PRU13 dan tarikh itu terus menjadi spekulasi, kata Khalid Ibrahim.

SHAH ALAM: Cadangan untuk mengadakan pilihan raya berasingan di negeri Selangor hanya merupakan strategi parti kerana tarikh mpilihan raya umum ke 13 (PRU13) itu sendiri sering menjadi bahan spekulasi.

“Sampai hari ini kita tak tahu bila tarikh PRU13 dan tarikh itu terus menjadi spekulasi,” kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Reka Bentuk Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK 2), di sini, semalam.

Jelas beliau, maka ura-ura hendak diadakan pilihan raya berasingan di Selangor juga merupakan satu jawapan spekulasi. Tapi ada baik dan tidak baiknya jika PRU diadakan berasingan.

“Kita tahu Kerajaan Pusat banyak kali mengubah tarikh PRU dan kita tengoklah strategi mereka dulu,” katanya ketika diminta mengulas mengenai pendirian Selangor untuk mengadakan pilihan raya negeri secara berasingan daripada negeri lain pada PRU13.

Pada 12 September lalu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan cadangan tersebut kerana masih banyak daftar pengundi belum disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Abdul Khalid berkata, kenyataan Anwar itu hanya menerangkan strategi pilihan raya, bukannya satu keputusan yang muktamad.

“Beliau (Anwar) sendiri pun tidak tahu bila PRU13. Pendirian Selangor memang bersama Pakatan Rakyat tapi kita hanya bincang strategi pilihan raya,” katanya.

Tidak dapat dikesan

Sementara itu, melalui penyelidikan dalam usaha untuk membantu membersihkan daftar pemilih, kerajaan negeri mendapati terdapat 50,000 nama pengundi yang tidak dapat dikesan.

“Buat masa ini, kita telah berjaya mengesan lebih 80 peratus daripada lebih 300,000 jumlah pengundi baru di Selangor manakala yang lain masih belum dikenal pasti.

“Bagaimanapun saya ada beberapa cara untuk mencari mereka,” jelas Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri Ijok itu.

Menurut beliau, kerajaan negeri memperuntukan sebanyak RM5 juta untuk tujuan ini.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments