Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Cabaran global: BN laksana tuntutan rakyat

 | September 20, 2012

Pandangan Dr Mahathir Mohamad bahawa kerajaan lemah dan tidak pasti BN akan menang majoriti itu dipandang dari kaca mata ketika zaman beliau.

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) berdepan cabaran global masa kini sehingga perubahan dilakukan dengan melaksanakan pelbagai tuntutan rakyat untuk terus memerintah negara ini.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat MCA, Datuk Ti Lian Ker berkata, kerajaan ketika diperintah mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kukuh dan mempunyai kuasa mutlak maka tumpuan kepada pembangunan giat dilakukan.

Namun keadaan itu berbeza kini menurut Ti Lian dan sedikit sebanyak proses transformasi itu perlu dilakukan untuk memenuhi hasrat rakyat.

“Zaman Tun (Mahathir Mohamad) kerajaan kukuh dan mempunyai kuasa mutlak dua pertiga, maka kita boleh tumpu kepada pembangunan.

“Pandangan beliau bahawa kerajaan lemah dan tidak pasti BN akan menang majoriti itu dipandang dari kaca mata ketika zaman beliau.

“Jika kerajaan BN tidak hiraukan rakyat, mereka akan memilih untuk menukar kerajaan. Maka tuntutan rakyat perlu diberi pertimbangan dan perhatian sewajarnya,” katanya ketika dihubungi FMT.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Mahathir semalam yang menyifatkan kerajaan BN lemah untuk terus kekal dengan menumpukan kepada pelbagai tuntutan dan tidak memberi tumpuan kepada pembangunan negara atau mendengar apa komuniti perniagaan mahu.

Menurut Ti Lian, dengan pelbagai pembangunan sebelum ini ia hanya memberi keuntungan kepada pihak tertentu sehingga menimbulkan rasa tidak selesa ke atas rakyat.

Katanya, maka perlu pembangunan fizikal dan kemanusiaan diselaraskan dan keyakinan itu diberi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menjalankan pelbagai program transformasi kepada rakyat khususnya.

Setiausaha BN Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan berpendapat mantan Perdana Menteri memberi mesej tersirat agar rakyat memberi kemenangan mutlak kepada parti itu pada pilihan raya ke-13 kelak.

“Bila beliau sebut tentang pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) seolah itu politik wang tetapi sebenarnya beliau memberi pandangan bahawa beliau tidak gemar dengan keadaan itu. Beliau lebih suka membina fasiliti untuk rakyat.

“Mesej utama beliau sebenarnya untuk menyeru rakyat memberi kemenangan kepada BN. Pada saya beliau mahu rakyat beri kemenangan mutlak kepada BN,” katanya yang juga ahli parlimen Kota Belud.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments