Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Jerebu di Nilai dan Lembah Kelang meningkat

 | September 20, 2012

Pelabuhan Kelang memiliki bacaan 74, Petaling Jaya menunjukkan peningkatan daripada 77 kepada 79 hari ini.

PETALING JAYA:  Jerebu di Nilai semakin buruk dengan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi setakat ini dalam laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar pada jam 7 pagi tadi dengan bacaan 95.

Bacaan ini semakin meningkat daripada semalam IPU 88. Dua lagi stesen juga mencatatkan bacaan kualiti udara sederhana iaitu di Seremban dan Port Dickson dengan bacaan 74 dan 63.

Kuala Lumpur turut menunjukkan peningkatan pencemaran udara yang tinggi dengan bacaan 83 di, manakala sebuah lagi stesen di Batu Muda mencatatkan bacaan 81. Di Putrajaya pula 65. Kualiti udara tidak sihat dicatatkan jika bacaan IPU di antara 100 hingga 200.

Kualiti udara di Lembah Klang terus menunjukkkan bacaan berada di paras sederhana, sama seperti semalam. Pelabuhan Kelang memiliki bacaan 74, Petaling Jaya menunjukkan peningkatan daripada 77 kepada 79 hari ini. Kuala Selangor pula turun daripada 77 kepada 65.

Daripada 51 stesen, 23 stesen menunjukkan bacaan kualiti udara sihat, manakala selebihnya sederhana. Kesemua bacaan sederhana itu dicatatkan di negeri- negeri Semenanjung. Sabah dan Sarawak mempunyai kualiti udara baik di semua lokasi. Di Sabah dan Sarawak terdapat 14 stesen kaji cuaca.

Di lokasi lain, bacaan IPU tidak jauh berbeza daripada semalam. Pasir Gudang dengan 69, Alor Star berada pada paras sihat dengan 43.

Di Pantai Timur, Tanah Merah Kelantan dengan 55 dan Kuala Terengganu dengan 51. Di Perak pula, kualiti udara dicatatkan pada bacaan 61, Kangar 25 dan Seberang Jaya 2 Perai 53.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments