Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Laporan polis terhadap pemimpin DAP

September 20, 2012

Pemuda Umno Ampang bersama beberapa NGO membuat laporan polis ke atas Ngeh Koo Ham di IPD Ampang Jaya petang tadi.

PETALING JAYA: Pemuda Umno Ampang membuat laporan polis terhadap pemimpin DAP, Ngeh Koo Ham ekoran kenyataan yang menghina Islam.

Laporan itu diketuai oleh ketuanya, Safarizul Mustafa bersama beberapa NGO iaitu Jakamas, Perkasa dan MAYS di IPD Ampang Jaya petang tadi.

“Kami merasa kesal seorang rakyat Malaysia seperti Khoo Ham boleh mengeluarkan kenyataan menghina Islam.

“Sepatutnya, sebagai rakyat yang faham akan kedudukan agama Islam di negaranya sendiri, beliau seharusnya sedar kenyataan yang dikeluarkanya boleh menimbulkan kemarahan dan mencabar kesabaran umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia.

“… lebih menyedihkan lagi di kala manusia hari ini berada di zaman yang bertamadun masih terdapat pemimpin parti yang berfikiran kuno yang lansung tidak mencerminkan kepimpinan yang bertamadun.

“Apakah kenyataan yang dibuat oleh Koo Ham sekadar untuk meraih popularati yang kian menghilang di kalangan pemimpin DAP yang kerap menjadi kecaman masyarakat umum ataupun ingin menjadi “pahlawan di dalam reban” menunjuk hebat bukan di tempatnya,” ujarnya selepas membuat laporan polis tersebut.

`Kenyataan kurang ajar’

Beliau menegaskan “kenyataan Koo Ham kurang ajar, umat Islam sanggup mati mempertahankan kesucian Islam dan Koo Ham diminta memohon maaf kepada semua rakyat beragama Islam Malaysia dan seluruh dunia serta menarik balik kenyataan yang dikeluarkanya.

“PAS dan PKR juga dicabar mengeluarkan kenyataan mengutuk Koo Ham.

“Jika mereka tidak berbuat demikian, apakah mereka bersetuju maruah Rasullullah dan Islam dihina begitu rupa.

“Di mana pendirian dua parti ini ke atas kedudukan Islam dalam negara ?

“Semua pihak berkuasa juga diminta mengambil tindakan tegas terhadap Koo Ham,” ujarnya lagi:

Dalam perkembangan terbaru, Ngeh dilapokan telah menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf kepada umat Islam.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments