Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Solidariti AMK bersama Pemuda PAS

 | September 20, 2012

Penglibatan Pemuda Umno hanya untuk kepentingan politik dan tidak lebih dari gimik untuk meraih publisiti murahan.

PETALING JAYA:  Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia mengalu-alukan inisiatif Dewan Pemuda PAS Pusat untuk berhimpun di hadapan bangunan kedutaan Amerika Syarikat esok bagi menyuarakan bantahan terhadap filem ‘Innocence of Muslims’ yang menghina peribadi Rasulullah SAW.

Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, pihaknya menyokong sepenuhnya inisiatif itu dan akan bersolidariti bersama rakan dari Pemuda PAS dalam perhimpunan yang dijadualkan selepas solat Jumaat petang esok.

“Sehubungan dengan tindakan Pergerakan Pemuda Umno yang turut merancang untuk mengadakan perhimpunan sama di Masjid Kampung Baru, AMK berpandangan bahawa tindakan tersebut tidak lebih dari gimik untuk meraih publisiti murahan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, rakyat telah sedia maklum bahawa perjuangan Pemuda Umno berkaitan isu penghinaan ke atas peribadi Rasulullah SAW tidak pernah konsisten, malah bersifat bermuka-muka dan sekadar bertujuan untuk mencari keuntungan politik.

“Di mana Pemuda UMNO ketika bekas pemimpin tertinggi parti mereka sendiri memperlekeh amalan sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW?

“Di mana Pemuda Umno bila mana pemimpin parti komponen Barisan Nasional menghina dan memperlekeh hukum hudud yang termaktub dalam Al-Quran?,” soal beliau.

Menurut Shamsul, pihaknya akan melancarkan program “Cahaya Muhammad” pada 25 September ini yang bertujuan untuk memberikan penerangan dan penjelasan sebenar tentang keperibadian serta sejarah perjuangan Rasulullah SAW,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments