Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Surat palsu: UIAM buat laporan polis

September 20, 2012

Pihak universiti tidak pernah sama sekali menerima surat tersebut daripada Perdana Menteri Malaysia, selaku Presiden Umno.

KUALA LUMPUR: Majlis Syura Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini membuat laporan polis berhubung penyebaran sepucuk surat palsu yang kononnya ditulis oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Rektor UIAM, Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin.

Majlis itu dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya memandang berat perbuatan pembohongan itu dan telah membuat laporan di Balai Polis Gombak pada pukul 9 pagi tadi.

Menurut kenyataan itu, surat palsu berkenaan telah disebarkan dalam kampus dan juga dimuat naik di sesetengah laman blog.

“Pihak universiti ingin menegaskan bahawa pihak Rektor tidak pernah sama sekali menerima surat tersebut daripada Perdana Menteri Malaysia, selaku Presiden Umno”.

Pihak Majlis Syura UIAM menyangkal tohmahan tersebut dan beranggapan bahawa kandungan surat tersebut berunsur fitnah dan satu pembohongan serius yang mempunyai niat jahat,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, pihak majlis syura yakin pembohongan tersebut dilakukan oleh sesetengah pihak yang terdesak, tidak beretika dan mempunyai kaitan dengan pihak pembangkang.

“Ia bertujuan untuk mengeruhkan suasana harmonis dan kedamaian yang wujud dan dikecapi seluruh warga kampus UIAM menjelang pilihan raya kampus yang akan berlangsung pada 25 Sept ini,” tambah kenyataan itu.

Kenyataan itu memberi amaran bahawa tindakan drastik yang berbentuk disiplin dan perundangan jenayah akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menyiar, mengedar surat tersebut atau mana-mana individu yang memuat naik surat itu di laman web masing-masing atau di laman blog tertentu.

“Pihak Majlis Syura UIAM sedang menyiasat kes ini dengan penuh teliti termasuk menonton semula rakaman pita tv kawalan keselamatan dan akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),” kata kenyataan itu.

- Bernama


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments