Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Ikram ajak Muslim bertenang hadapi isu hina Nabi

 | September 21, 2012

Jangan sama sekali kita melibatkan diri dengan tindakan provokasi yang memarakkan permusuhan, menebalkan kebencian, katanya dalam kenyataan media.

PETALING JAYA: Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) turut mengecam filem Innocence of Muslims yang diarahkan oleh Sam Becile, seorang pengarah filem keturunan Yahudi Israel Amerika kerana menghina Nabi Muhammad s.a.w.

Filem ini secara terang-terangan dan melampau telah menghina Nabi Muhammad dengan tuduhan yang direka-reka, kata Presiden Ikram Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad.

Ikram, katanya mengajak segenap lapisan masyarakat Muslim di negara ini agar bertenang, bertindak bijaksana dan optimis bahawa Allah s.w.t  tetap akan memelihara dan memenangkan agama ini.

“Mempertahan dan membela Rasulullah tidak seharusnya dibataskan dengan slogan-slogan, syiar-syiar dan demonstrasi sahaja.

“Bahkan kasih dan sayang kita kepada Nabi dibuktikan dengan perkara yang lebih asas lagi, iaitu mengikuti jejak perjalanan hidup dan perjuangannya serta menegakkan Islam dalam kehidupan peribadi, masyarakat, negara dan dunia amnya.

“Tindakan menunjuk rasa biarlah berlangsung secara aman, ditujukan kepada peribadi dan kumpulan yang membuat onar dan kesalahan  bukan kepada peribadi atau pihak-pihak yang tidak terlibat melakukannya. Sikap adil harus kekal dalam semua situasi, marah atau suka.

“Jangan sama sekali kita melibatkan diri dengan tindakan provokasi yang memarakkan permusuhan, menebalkan kebencian, pemusnahan harta benda, rusuhan dan seumpamanya,” kata beliau dalam kenyataan media.

Bukan kali pertama

Bukalah laluan-laluan dakwah ke arah mereka seluas-luasnya, menerusi langkah-langkah kebijaksanaan, nasihat yang baik serta dialog yang terbaik.

Filem ini  telah membangkitkan kemarahan umat Islam seluruh dunia sehingga ada di antaranya telah bertindak keras dengan melakukan rusuhan, membakar bangunan kedutaan khasnya di Libya yang telah menyebabkan uta Amerika Syarikat dan tiga pekerja kedutaan terbunuh.

Kejadian seumpama ini bukan  kali pertama berlaku dan bukan juga yang terakhir.

“Cukuplah bagi kita dengan apa yang telah ditunjukkan oleh al-Quran tentang tuduhan, umpatan, cacian golongan kafir dan musyrikin terhadap Baginda s.a.w. semasa masih hidup lagi.

“Baginda dituduh orang gila, tukang sihir, pemecah belah masyarakat dan sebagainya yang tidak logik pada akal lebih-lebih lagi Baginda adalah Nabi dan Rasul yang terpilih,” tambah beliau lagi.

Dalam zaman alam Islam dijajah negara-negara Barat, tuduhan-tuduhan  melampau yang sama dilakukan oleh golongan orientalis Barat untuk menggugat keyakinan umah terhadap kerasulan dan kenabian Nabi Muhammad.

Ia telah ditangkis oleh para ulama serta pemikir-pemikir ummah sepanjang pertarungan tersebut  menerusi tulisan-tulisan mereka yang amat meyakinkan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments