Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Pro A sapu bersih pilihan raya kampus

 | September 21, 2012

Pengumuman keputusan pilihan raya kampus ini telah dibuat di kesemua universiti yang terlibat oleh jawatankuasa pemilih perwakilan pelajar.

PETALING JAYA: Pilihan raya kampus yang berlangsung semalam di lima buah universiti awam bagi memilih kepimpinan baru Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi 2012/2013 telah menyaksikan kumpulan Aspirasi Mahasiswa menyapu bersih  menewaskan Pro Mahasiswa.

.Lima universiti yang mengadakan pilihan raya kampus semalam adalah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Pengumuman keputusan pilihan raya kampus ini telah dibuat di kesemua universiti yang terlibat oleh jawatankuasa pemilih perwakilan pelajar.

Aspirasi Mahasiswa telah menyapu bersih kesemua kerusi yang dipertandingkan di UiTM (50 kerusi), UniMAP (31), UTeM (28) dan UniSZA (24). Di UiTM pula, Aspirasi menang 25 kerusi daripada 27 yang dipertandingkan.

Proses pilihan raya kampus di lima universiti itu  yang berlangsung sejak awal pagi Khamis ditutup pada jam 4 petang.

Sementara itu, sebanyak 15 IPTA lain memilih untuk mengadakan pilihan raya kampus masing-masing pada Selasa depan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments