Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Mansor perlu selesai sendiri isu ‘tokong’

 | October 1, 2012

Perkara ini biar Datuk Mansor sendiri uruskan. Kita perlu hormati dia selaku Pengerusi PKR Negeri Pulau Pinang," kata Lim Guan Eng.

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mahu timbalannya Datuk Mansor Othman segera menyelesaikan konflik isu gelaran ‘tokong’, ‘sombong’ dan ‘angkuh’ sendirian.

Enggan mencampuri urusan hal dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahli Parlimen DAP-Bagan itu berkata Mansor perlu membersihkan sendiri kemelut isu tersebut di peringkat akar umbi partinya terlebih dahulu.

“Perkara ini biar Datuk Mansor sendiri uruskan. Kita perlu hormati dia selaku Pengerusi PKR Negeri Pulau Pinang,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Lim berkata demikian ketika mengulas mengenai gesaan Pengerusi DAP, Karpal Singh agar kontroversi yang timbul antara pemimpin Pakatan Rakyat Pulau Pinang itu diselesaikan secara profesional.

Tegas Karpal penyelesaian itu tidak perlu melibatkan parti yang diwakili oleh kedua-dua pihak, sebaliknya diselesaikan secara peribadi.

Modal politik

Pemimpin veteran itu bimbang isu ini akan dijadikan Barisan Nasional (BN) sebagai satu modal politik untuk menghentam kerajaan Pakatan Rakyat jika dibiarkan berterusan.

Ketika mempengerusikan mesyuarat PKR Pulau Pinang Ogos lalu bagi membincangkan mengenai persiapan PKR dalam Pilhan Raya Umum ke 13 (PRU13), Mansor melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Guan Eng yang dikatakan bersikap biadap, angkuh dan tidak boleh dipercayai.

Beliau kemudiannya mengakui mengeluarkan perkataan tersebut selepas audio rakaman percakapannya tersebar di internet termasuk di media dan Buletin Utama TV3.

“Guan Eng macam tokong u know..to the Chinese…You cannot deny that. He is just like a tokong…Itu yang buat dia orang sombong…very angkuh and arrogant..Get ourselves stronger.

“Every seat kita target nak bertanding kena ada orang…stock ready candidates for areas nak bertanding…I have already asked Lau to
identify areas for PKR to stand…Dia lawan kacau tempat kita, kita kena lawan,” katanya dalam pendedahan rakaman audio.

Sementara itu Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata Lembaga Disiplin parti mengambil serius isu berkenaan dan telah pun memulakan siasatan, namun masih menunggu laporan rasmi daripada negeri.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments