Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

5 sebab pinda Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah

 | October 15, 2012

Pindaan dibuat untuk mengetatkan hukuman terhadap pesalah rogol bawah umur.

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menjelaskan lima sebab mengapa Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah perlu dipinda dan tidak digunapakai bersama Seksyen 376 dalam Kanun Keseksaan yang melibatkan kes rogol bawah umur.

“Seksyen 376 memberi perlindungan kepada gadis dan kanak-kanak bawah umur 16 tahun dari dieksploitasi secara seksual.

“Kajian dan perundingan juga perlu dibuat dengan segenap lapisan masyatakat melalui persidangan meja bulat,” kata Nazri dalam persidangan Dewan Rakyat ketika membawa usul untuk tidak membenarkan hukuman ringan dalam kes rogol bawah umur.

Seksyen 294 membenarkan seseorang diberikan hukuman bon selama lima tahun menggunakan budi bicara hakim manakala Seksyen 376 memperuntukkan hukuman minima selama lima tahun.

Kejadian rogol bawah umur menjadi isu apabila pemain boling Noor Afizal Azizan dan juruelektrik Chuah Guan Jiu dibebaskan dengan bon selama lima tahun pada Ogos lalu.

Beliau turut menjelaskan bahawa bilangan kes rogol bawah umur adalah sangat tinggi. Sejak tahun 2007 sehingga Ogos 2012, sebanyak 5,976 kes dihadapkan ke mahkamah.

Seramai 5,119 individu dituduh dan 1,631 disabitkan kesalahan manakala 327 dibebaskan selepas perbicaraan manakala 444 dibebaskan tanpa bicara.

Seterusnya beliau menyatakan perbezaan tafsiran dalam menafsir faktor peringan di antara mahkamah dan Jabatan Peguam Negara sebagai alasan pindaan dibuat.

“Pihak Peguam Negara membuat rayuan kerana perbezaan pendapat dalam menafsir faktor peringan. Kalau tak buat rayuan akan jadi ikutan,” kata Nazri sambil merujuk kepada salah satu kes tersebut.

Selain itu beliau memberitahu sidang Dewan Rakyat hari ini bahawa pihak kerajaan juga sedia maklum dengan kemarahan orang ramai apabila pesalah dibebaskan dengan bon.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments