Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Nusyuz bukan faktor dalam penjagaan anak

 | October 18, 2012

Faktor kebajikan anak akan diutamakan oleh mahkamah," kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Dr Mashitah Ibrahim.

Sekitar Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Nusyuz tidak menjadi faktor yang dipertimbangan mahkamah dalam kes penjagaan anak.

Nusyuz ialah tindakan yang dilakukan oleh isteri yang dianggap menentang kehendak suami dengan tidak ada alasan yang munasabah menurut hukum syarak. Tindakan itulah dikira derhaka.

“Pertimbangan mahkamah yang utama ialah kebajikan anak.

“Nusyuz hanya berkaitan dengan hak nafkah isteri. Apabila isteri disytihar nusyz oleh mahkamah maka gugurlah hak menerima nafkah dari suami sehingga ia bertaubat,” jelas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Dr Mashitah Ibrahim ketika menjawab soalan

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dari PAS di Dewan Rakyat hari ini.

Khalid bertanya samada isteri yang didapati bersalah melakukan nusyuz akan tetap diutamakan dalam isu penjagaan anak apabila pasangan suami isteri tersebut bercerai.

Menurut Mashitah, seseorang isteri hanya akan kehilangan hak penjagaan anak dalam lima keadaan.

Seseorang wanita yang berkahwin dengan seseorang yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak itu sekiranya menjejaskan kebajikan anak.

“Hak untuk penjagaan (hadanah) akan kembali semula jika perkahwinan itu dibubarkan,” kata Mashitah.

Beliau menambah bahawa seseorang wanita akan kehilangan hak hadanah sekiranya berkelakuan buruk secara terbuka dan keterlaluan, wanita menukar pemastautinannya untuk mencegah bapa mengawasi anaknya.

Selain itu, hadanah seorang wanita akan hilang sekiranya wanita tersebut murtad dan menganiaya kanak-kanak tersebut.

“Hadanah anak tidak automatik. Seorang isteri boleh membuat rayuan kepada mahkamah, Pada masa kini sekiranya anak lelaki di bawah umur tujuh tahun atau anak perempuan di bawah sembilan tahun, hak penjagaan anak tersebut akan memihak kepada si ibu kecuali jika terbukti bahawa si ibu itu cuai,” kata Mashitah.

Mashitah mengakhiri penjelasannya dengan memberitahu Khalid bahawa nusyuz juga melibatkan lelaki dan bukannya wanita secara khusus.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments