Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Hari Arafah penuh barakah

 | October 25, 2012

Berwukuf di Padang Arafah adalah salah satu dari rukun haji.

FEATURE

Hari ini 9 Zulhijjah 1433 bersamaan 25 Oktober 2012 adalah Hari Arafah. Hari ini dianggap sebagai salah satu hari yang mulia dalam kalendar Islam dan banyak amalan-amalan sunat yang digalakkan pada hari ini bagi mendapatkan rahmat dan keredhaan daripada Allah s.w.t.

Berwukuf di Padang Arafah adalah salah satu dari rukun haji dan masuk waktunya ialah selepas tergelintir matahari atau apabila masuknya waktu Zohor pada 9 Zulhijjah sehingga terbit waktu fajar hari ke 10 Zulhijjah.

Hari ini umat Islam dari seluruh pelusuk dunia bersiap sedia, berduyun-duyun bertolak untuk pergi berhimpun dan berwuquf di Padang Arafah, yang terletak kira-kira enam kilometer dari Mekah.

Tidak ada haji jika tidak hadir di Padang Arafah atau ibadat haji seseorang secara otomatik terbatal tanpa kehadiran di Arafah.  Rasulullah saw bersabda, “haji itu ialah Arafah.”

Hari Arafah hari yang istimewa sepertimana yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak ada satu hari di mana Allah Taala paling ramai membebaskan hambaNya dari neraka selain dari hari Arafah.” (HR Muslim).

Terdapat beberapa hadis lain yang mengingatkan kita mengenai kelebihan hari Arafah sebagai suntikan semangat dalam menambahkan amalan sebagai bekalan di hari akhirat nanti.

Dunia ini hanya sementara dan mestilah digunakan untuk mencari sebanyak mungkin bekalan sebelum tibanya hari kematian sebagai tiket utama menuju negeri akhirat yang kekal abadi.

Daripada Jabir telah bersabda Rasulullah saw yang ertinya: Apabila tiba hari Arafah maka sesungguhnya Allah telah memuji mereka sebagai berkata kepada para malaikat: “Lihatlah kepada hamba-hambaKu yang telah datang padaKu dengan berdebu dalam keadaan berduyun-duyun daripada setiap pelusuk, Aku bersaksi depan kamu (malaikat) bahawa Aku telah mengampuni mereka.

Maka kata malaikat: “Sesungguhnya ada di kalangan mereka pulan telah baligh dan pulan. Sabda baginda lagi: Allah berfirman:

Sesungguhnya Aku telah mengampuni mereka. Sabda Rasulullah s.a.w: “Tiada daripada hari lebih ramai orang yang bebas daripada neraka daripada hari Arafah.” (HR Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi).

Alim ulama’ mengesyorkan kepada kita supaya melakukan beberapa amalan yang afdal seperti berpuasa sunat dari 1 hingga 9 Zulhijjah, berpuasa sunat Arafah pada 9 Zulhijjah dan melakukan ibadah korban bagi yang berkemampuan serta memperbanyakkan Takbir, Tahmid,

Tasbih dan Tahlil bermula 10 Zulhijjah sehingga 13 Zulhijjah sebagai menzahirkan rasa syukur serta membesarkan Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Berpuasa pada hari Arafah menghapuskan dosanya setahun sebelum dan setahun sesudahnya”. (HR Imam Muslim).”

Kita juga digalakkan untuk memperbanyakkan doa pada Hari Arafah.

Dari Amr bin Syuaib bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Doa terbaik adalah doa di hari Arafah. Dan ucapan terbaik yang saya dan para nabi sebelumku ucapkan adalah laa ilaha illallahu wahdahu laa syarika lahu, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli syay`in qadir.

Maksudnya tidak ada sembahan yang hak selain Allah semata tidak ada sekutu bagi-Nya, hanya milik-Nya semua kekuasaan, hanya milik
-Nya semua pujian, dan Dia Maha Mampu atas segala sesuatu. (HR At-Tirmizi).

Semoga segala amalan kita pada hari ini diterima dan diberkati Allah s.w.t. serta diampuni segala dosa kita, insya’Allah.

Dan kepada para jemaah haji yang sedang menunaikan ibadah haji kita mendoakan semoga Allah s.w.t menerima ibadat haji mereka dan dikurniakan dengan haji yang mabrur.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments