Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Adun Sekong: `Isteri saya seorang’

 | November 3, 2012

Beliau mengulas laporan polis yang dibuat AMK kerana mendakwa gundiknya Pia Binti Dahlan seorang pendatang tanpa izin.

PETALING JAYA:  Adun Sekong Datuk Samsuddin Yahya menegaskan beliau hanya mempunyai seorang isteri.

“Isteri saya hanya seorang. Beliau bekerja di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Namanya Datin Junaidi Aji.

“Tidak ada yang lain…” katanya ketika dihubungi ketika diminta mengulas laporan polis yang dibuat AMK kerana mendakwa gundiknya Pia Binti Dahlan seorang pendatang tanpa izin.

Ketua Pemuda AMK Citra Masadi membuat laporan polis terhadap Shamsuddin di Tawau semalam.

Beliau mendakwa Samsuddin ada kaitan dengan sindiket MyKad alsu dan kerakyatan songsang termasuk sebagai dalang mendapatkan untuk gundiknya, Pia.

Bagaimanapun, Samsuddin tidak mahu melayan tohmahan yang dilemparkan oleh pemimpin muda PKR itu.

“Macam-macam dia cakap, saya tidak mahu layan kerana ia buang masa. Saya juga tidak mahu ambil tindakan terhadap beliau,” kata Adun Sekong itu.

Menurut Shamsudin lagi, AMK membuat laporan polis setelah beliau menghentam Pemuda PAS dalam sidang dewan negeri Sabah.

Dalam perkembangan lain, Samsuddin berkata, BN negeri akan meang di kerusi majoriti Melayu dan Kadazan di Sabah dalam pilihan raya umum ke 13.

Bagaimanapun, katanya BN menghadapi kesukaran di kerusi majoriti kaum Cina di kawasan-kawasan bandar seperti Kota Kinabalu.
Pilihan raya umum ke 13 akan diadakan pada bila-bila masa kerana tempoh kerajaan yang ada akan berakhir April tahun depan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments