Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Gelaran ‘Kafir Harbi’ bukan fatwa

 | November 6, 2012

Sebaliknya pandangan hukum Islam itu hanya bersifat peribadi, kata Jamil Khir Baharom.

Sekitar Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Gelaran ‘Kafir Harbi’ yang dilabel terhadap masyarakat bukan Islam di negara ini tidak boleh dianggap sebagai fatwa. Sebaliknya pandangan hukum Islam itu hanya bersifat peribadi, demikian menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Jamil menegaskan, sebarang pandangan hukum di negara ini hanya sah diiktiraf selepas mendapat kelulusan Jawatankuasa Fatwa Negeri -Negeri dan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).

“Sehingga kini tidak ada fatwa atau pandangan hukum berkaitan kedudukan orang bukan Islam di Malaysia sebagai Kafir Harbi atau Kafir Zimmi yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri atau MKI,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata sedemikian ketika menjawab pertanyaan lisan Ahli Parlimen PAS-Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai tindakan yang diambil terhadap pihak yang menghukum sebahagian rakyat bukan Islam di negara ini sebagai Kafir Harbi.

Presiden PAS itu mengutarakan kebimbangan hukuman seumpama itu boleh menggugat ketenteraman kaum di Malaysia.

Mengulas lanjut, Jamil berkata tidak wajar bagi seseorang menggunakan kebebasan bersuara sebagai alasan untuk mengeluarkan pandangan yang boleh mengelirukan masyarakat khususnya umat Islam di negara ini.

Dalam temubual akhbar Utusan Malaysia Ogos lalu yang menumubual pengasas Sekolah Agama Pondok Geting, Tumpat di Kelantan,

Abdullah Sa’amah mengatakan adalah haram menyokong DAP kerana parti itu menolak hukum Islam dan melabelkan parti itu dengan gelaran sedemikian.

Istilah Kafir Harbi merujuk kepada golongan musuh yang berperang dengan umat Islam di mana darah mereka halal ditumpahkan.

Dalam konotasi suasana perang, ia boleh dilakukan di peringkat negara kerana golongan Kafir Harbi itu sendiri berusaha untuk membunuh umat Islam.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments