Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Umno kalah lagi di Pulau Pinang

 | November 28, 2012

Ramlan Ahmad dari Bukit Mertajam memberitahu, “beberapa bahagian sangat teruk.”

KUALA LUMPUR: BN dan Umno boleh melupakan hasrat untuk merampas Pulau Pinang dalam pilihan raya umum ke 13.

Alasannya pemimpin Umno di peringkat bahagian mementingkan diri serta tidak menemui rakyat di tempat masing-masing.

Perkara ini dinyatakan oleh beberapa ahli dan penyokong Umno yang ditemui di perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini.

Ramlan Ahmad dari Bukit Mertajam memberitahu, “beberapa bahagian sangat teruk.”

“Ketua bahagian Umno Pulau Pinang teruk-teruk belaka…orang yang lawan akan diblack list (senarai hitam).

“Cawangan pula akan dikeluarkan dari senarai Umno bahagian.

“Tempat saya tujuh lapan cawangan telah dikeluarkan.

“Mereka nak jadi ketua saja kerana nak buat rumah atas bukit.

“Tetapi tak mahu jumpa rakyat, macam mana Umno nak menang,” kata Ramlan lagi.

`Terpinggir dan terhapus’

Bagaimanapun, beliau enggan fotonya diambil kerana tidak mahu menimbulkan masalah dengan pemimpin Umno di bahagiannya.

Rakannya yang mahu dikenali sebagai Mahmud dari Bukit Gelugor menambah, Pakatan Rakyat akan menang lagi di Pulau Pinang dalam pilihan raya akan datang.

Pemimpin Umno bercakap sahaja tetapi tidak buat kerja untuk rakyat, dakwa Mahmud.

Beliau mengaku takut jika DAP terus berkuasa di Pulau Pinang kerana orang akan semakin terhapus.

“Sekarangpun dalam tempoh empat tahun Lim Guan Eng jadi Ketua Menteri, kami sudah terpinggir.

“Kalau tambah empat tahun lagi kami semua akan terhapus,” ujar Mahmud.

Turut baca:

Umno sudah sedia lalui peralihan generasi

Ucapan Muhyiddin sedarkan rakyat


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments