Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Surau Penjara Pudu ‘mangsa’ pembangunan

 | December 14, 2012

UDA Holdings Property Development bakal melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan tersebut pada 10 Januari depan.

VIDEO INSIDE

KUALA LUMPUR: Selepas 49 tahun berdiri sebagai rumah ibadat di tapak bangunan bersejarah Penjara Pudu, Surau An-Nur Penjara Pudu (Surau Jumaat) kini turut menerima nasib sama apabila bakal dirobohkan bagi tujuan pembangunan komersil.

Mengikut surat yang diwartakan pemaju, UDA Holdings Property Development (UDA) bakal melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan tersebut pada 10 Januari depan.

Difahamkan, tapak itu akan dibangunkan sebagai tapak pusat beli-belah terkemuka serta kawasan perumahan mewah.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Mempertahankan Surau An Nur Penjara Pudu Zakaria Omar berkata, pihaknya kecewa kerana pemaju tidak pernah mengadakan rundingan dengan kariah surau.

Malah, tiada sebarang tapak atau surau alternatif ditawarkan UDA bagi menggantikan surau lama itu.

“Kami mahu surau ini dikekalkan sebagai rumah ibadat…sepatutnya surau ini diperbesarkan menjadi 2 tingkat kerana pertambahan penduduk semakin pesat di kawasan sekitar,” katanya.

[youtube]mmzLS0aq8a0[/youtube]

Zakaria berkata, laluan lorong Hang Tuah menuju ke surau berkenaan kini mula ditutup namun pihaknya masih bertegas dan menjalankan aktiviti di surau tersebut seperti biasa.

Sehubungan itu, beliau berkata jawatankuasa terbabit bersama beberapa NGO seperti Badan Bertindak Imarah Masjid dan Surau Wilayah Persekutuan, Pertubuhan Api Sejagat Malaysia (API), memohon kepada pemaju supaya lorong tersebut dibuka.

Surau yang mampu menampung kira-kira 1,800 jemaah suatu ketika dulu pernah menjadi tempat bagi penghuni Penjara Pudu menjalankan ibadat.

Pada tahun 1997 apabila Penjara Pudu dikosongkan dan berpindah ke Sungai Buloh, hal pentadbiran surau ini diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Mengikut perjanjian antara UDA, Penjara Pudu, Surau An Nur dan JAIS, UDA tidak boleh merobohkan surau itu sesuka hati tanpa merujuk kepada JAIS.

Namun isu perobohan mula timbul pada pertengahan Mei lalu apabila UDA mula giat menjalankan kerja pembangunan semula tapak Penjara Pudu sebagai kawasan komersil.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments