Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

DAP kesal Speaker wujudkan ‘precedent’ buruk

 | December 17, 2012

ADUN Lobak dari DAP, Loke Siew Fook membantah sessi atau agenda tidak mengikut aturcara atau tradisi Persidangan DUN.

Sekitar DUN Negeri Sembilan

SEREMBAN: Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, Loke Siew Fook (Lobak-DAP) hari ini melahirkan rasa kesal terhadap Speaker Dato’ Razak Mansor kerana mewujudkan duluan (precedent) apabila melangkaui sessi perbahasan Rang Undang -Undang Enakmen Perbekalan (2013) dan Usul Anggaran Pembangunan Negeri Sembilan (Belanjawan 2013).

Selepas berakhir sessi pertanyaan-pertanyaan lisan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN); Razak memulakan sessi perbahasan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tambahan 2012 (Belanjawan Tambahan 2012).

Ketika Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hasan (Rantau – BN) baru memulakan bacaan Belanjawan Tambahan 2012; Loke bingkas bangun dan membantah bahawa sessi atau agenda tersebut tidak mengikut aturcara atau tradisi Persidangan DUN.

“Jumaat lepas kerajaan telah bentangkan Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan (2013) dan Usul Anggaran Pembangunan Negeri Sembilan (Belanjawan 2013).

“Sepatutnya kita harus bahaskan Belanjawan 2013 dahulu kerana ianya telah dicadangkan dan disokong pada hari pertama Persidangan DUN berlangsung.

Susunan tidak betul

“Selepas dicadang dan disokong, Rang Undang-Undang Belanjawan 2013 mesti dibahaskan dahulu. Tidak boleh ‘jump the queue’ dengan membahaskan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tambahan 2012 (Belanjawan Tambahan 2012). Ini susunan atau ‘flow’ yang tidak betul.

“Belanjawan 2013 merupakan keutamaan (priority). Selepas dibahaskan dan diluluskan Belanjawan 2013, barulah boleh bahaskan Belanjawan Tambahan 2012.

“Saya amat kesal kerana Speaker ‘set precedent’ yang buruk dan tak baik,” kata Loke.

Loke juga meminta Razak menunjukkan peraturan (Persidangan DUN) mana yang membenarkan sesuatu usul boleh dilangkau sebelum usul terlebih dahulu diselesaikan (dibahaskan).

Razak pula menunjukkan Buku Peraturan Persidangan DUN kepada Loke tanpa membacakan sebarang Peraturan Persidangan DUN secara spesifik.

Mohamad pula bangun semula dan bertanya kepada Loke Peraturan Persidangan DUN yang mana kata bahawa usul tidak boleh dilangkau.

Loke bertanya semula kepada Mohamad dan Razak; Peraturan Persidangan DUN yang mana membenarkan sesebuah usul boleh dilangkau.

Seterusnya Razak meneruskan sessi Belanjawan Tambahan 2012. Selepas itu barulah sessi Belanjawan 2013 disambung semula.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments