Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Senator DAP buat laporan polis terhadap Muhyiddin, portal berita

 | December 20, 2012

Ariffin membuat laporan tersebut di Balai Polis Tun H S Lee di Jalan Stadium dekat sini tengahari tadi.

PETALING JAYA: Naib Pengerusi DAP, Senator Dr Ariffin SM Omar hari ini membuat laporan polis terhadap Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan laman portal, Antarapos kerana menuduhnya mengamalkan perkauman sempit.

Ariffin yang ditemani peguam iaitu ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng membuat laporan tersebut di Balai Polis Tun H S Lee di Jalan Stadium dekat sini tengahari tadi.

Laporannya terhadap Muhyiddin itu berdasarkan petikan berita “Kenyataan Ariffin Melayu Punca Rasuah Diselar” pada 18 Disember lalu apabila menyifatkan ia sebagai satu perbuatan bodoh dan sangat tidak bertanggungjawab.

Respon itu dibuat Muhyiddin selepas Antarapos dalam laporannya 15 Disember lalu memetik Ariffin sebagai berkata rasuah boleh dibanteras dengan lebih berkesan jika perkhidmatan awam dan polis tidak dimonopoli oleh kaum Melayu sahaja.

Beliau ditemuramah portal itu selepas menyampaikan ucapan usul Kongres Kebangsaan DAP Ke-16 di Pulau Pinang minggu lalu.

“Ini merupakan fitnah semata-mata kerana saya tidak pernah menyatakan bahawa punca rasuah dalam perkhidmatan awam adalah kerana monopoli orang Melayu.

“Dalam wawancara bersama wartawan Antarapos saya telah mengatakan bahawa negara kita akan lebih aman dan stabil dengan adanya perkhidmatan awam yang terdiri daripada berbilang kaum, saya juga telah menambah bahawa ini membolehkan pencegahan rasuah.

“Justeru adalah jelas bahawa kenyataan saya telah diputar belit dan digunakan Timbalan Perdana Menteri untuk menuduh saya melakukan
perbuatan bodoh dan sangat tidak bertanggungjawab, ini jelas mencemarkan reputasi saya dan lebih teruk lagi mengaitkan saya kepada
kenyataan hasutan dan berunsur perkauman,” katanya dalam laporan polis.

Sehubungan itu beliau mahu polis mengambil tindakan susulan kerana percaya dirinya difitnah melalui laporan media tersebut yang antara lainnya merupakan satu kesalahan dibawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan, dan Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau ketika ditemui pemberita berkata pihaknya masih lagi membuat pertimbangan sama ada untuk membawa kes ini ke mahkamah bagi menuntut ganti rugi.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments