Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

‘Tsunami Johor’: 85% Cina sokong Pakatan

 | January 15, 2013

PAS dakwa sokongan meningkat 20 peratus berbanding 2008, manakala pengundi Melayu meningkat kepada 35 peratus.

PETALING JAYA: Sokongan pengundi Cina kepada Pakatan Rakyat di Johor meningkat kepada 85 peratus berbanding 65 peratus dalam pilihanraya umum 2008.

Manakala sokongan pengundi Melayu ialah pada tahap 35 peratus berbanding 22 peratus pada 2008, dakwa PAS hari ini.

Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mahfodz Mohamed berkata, perangkaan terbaru ini hasil bancian yang dibuat parti mengenai kecenderungan pengundi Johor.

“Kami mendapati sokongan pengundi Cina kepada calon Melayu dari Pakatan Rakyat adalah antara 65 hingga 70 peratus, manakala sokongan kepada calon kaum Cina adalah 85 peratus.

“Pengundi india jumlahnya kecil tetapi saya percaya 60 peratus daripada mereka akan mengundi Pakatan Rakyat.

“Tsunami politik akan melanda Johor,” kata tokoh veteran PAS ini. Beliau sendiri akan bertanding kerusi negeri tetapi enggan memberitahu kawasan berkenaan.

PAS Johor akan mengumumkan senarai calon yang akan bertanding sebaik sahaja parlimen dibubarkan.

“Kita sudah ada senarai calon, cuma tunggu masa sahaja,” katanya lagi.

Menang 18 kerusi

Johor mempunyai 56 kerusi negeri dan 26 kerusi parlimen. Kerajaan sedia ada mesti membubarkan parlimen sebelum 7 April ini.

Ketika ini Pakatan Rakyat menang enam kerusi negeri dan satu kerusi parlimen dengan PAS menguasai dua kerusi negeri iaitu Maharani dan Sungai Abong, kedua-duanya di parlimen Muar.

DAP menang empat kerusi negeri dan parlimen  Bakri. PKR tidak menang sebarang kerusi di Johor pada 2008.

Pakatan Rakyat terutamanya PKR sejak berakhir pilihanraya umum 2008 giat mengadakan pelbagai program untuk merampas Johor dalam pilihanraya akan datang.

“Pakatan Rakyat mahu memenangi tiga kali ganda dalam pilihanraya ke 13 ini. Kalau 2008, kita (Pakatan Rakyat) menang enam kerusi negeri, kali ini 18 kerusi” katanya.

Majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri ialah 30 kerusi.

Mengenai kerusi PAS, Mahfodz berkata, kira-kira 70 peratus daripada calon yang akan bertanding adalah muka-muka baru yang kali pertama diturunkan.

Mereka terdiri dari semua gologan – termasuk golongan profesional serta dua calon bukan Melayu dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments