Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

PRU13: Tun M ramal BN ‘menang kosong’

 | January 17, 2013

Beliau melihat kerajaan sedia ada agak lemah kerana masih takut dalam isu demokrasi.

SHAH ALAM: Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan Barisan Nasional tidak mungkin  memenangi undi majoriti tetapi  masih diberi mandat memerintah kerajaan pusat selepas pilihan raya umum 13 (PRU13).

Menurut Dr Mahathir, beliau melihat kerajaan sedia ada agak lemah kerana masih takut dalam isu demokrasi.

“Kalau PRU katalah merosot lagi, kalau pun menang lagi ia adalah ‘empty victory’.

“Kalau nak perintah negara,  saya berpendapat negara membangun seperti di sini perlu pada kerajaan yang berwibawa dan kuat.

“Pemimpin kenalah berani sikit. Kalau pemimpin pun penakut maka habislah,” katanya dalam program Bicara Minda Tun Dr Mahathir Mohamad bertajuk “Masa Depan Melayu & Islam Selepas PRU13″ di sini.

Katanya, kerajaan dilihat agak bimbang kalau bertindak salah dalam menentukan isu demokrasi, mereka mungkin akan kalah lebih teruk dan hilang kuasa.

Beliau berkata, ini jelas dilihat apabila kerajaan tidak berani bertindak menggunakan kekerasan, bahkan terus menghapuskan segala kuasa yang dimiliki seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

‘Bila kuat orang tak berani cabar’

“Ini soal kuat dan lemah…Bila kita kuat orang tak berani cabar kita, bila kita kuat kita ada autoriti (dan) majoriti sokong kita .

“Tapi kerana kurang bijak mungkin kita sengaja melemahkan diri kita (dan) terpengaruh dengan pendapat orang nak liberal nak supaya dipuji baik,” katanya.

Katanya, situasi ini jelas dilihat semasa PRU tahun 2008 apabila ramai penyokong BN yang kecewa kerana berasa kurang yakin dengan kepimpinan yang ada.

“Kita membuka secara luas peluang untuk orang hentam kita dan kita bertindak menyambut hentaman dan kecaman orang dengan kita undur diri.

“Oleh itu penyokong kita berasa kecewa (tahun) 2008 mereka tak sokong lagi kerana kurang yakin dengan kepimpinan yg ada…ianya menjadi
lemah,” katanya.

Sementara itu,Dr  Mahathir meminta masyarakat Islam berani menegakkan pendirian mengenai penggunaan kalimah Allah mengikut hujah
dan pengetahuan yang luas, bukan hanya bersandarkan emosi dan kepentingan politik semata-mata.

Walaupun menerima pandangan penggunaan kalimah Allah yang digunakan dalam kitab Bible oleh penduduk Sabah dan Sarawak, namun beliau bertegas ia tidak boleh digunakan sewenangnya.

“Kalau ada pihak lain nak gunakan nama itu apa tujuan mereka selain daripada untuk menipu pemikiran supaya orang itu anggap agama ini (Islam) sama dengan agama lain.

“Unsur penipuan itu tetap ada sebab tu tak boleh terima penggunaan nama Allah…tapi yg kita tahu kita tak bersetuju,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments