Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Demonstrasi serentak bantah Majlis Peguam

 | January 18, 2013

Sebagai sokongan perbicaraan peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz melawan Majlis Peguam.

PETALING JAYA: Sebanyak 13 NGO akan mengadakan demonstrasi secara serentak di seluruh negara pada 23 Januari ini sempena perbicaraan peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz melawan Majlis Peguam.

Bagi Kuala Lumpur, demonstrasi akan di kawasan parkir Kompleks Mahkamah Jalan Duta dekat sini.

Setiausaha Agung Kelab Warisan Malaysia (Keris), Azman Haj Hassan berkata,  perlu bagi masyarakat, khususnya  golongan profesional  menilai peranan dan tanggungjawab  Majlis Peguam yang dilihat semakin tersasar dari tujuan asal  penubuhannya.

“Dalam tempoh beberapa tahun ini, semakin jelas peranan Majlis  Peguam, yang asalnya ditubuhkan untuk memelihara keluhuran  profesion peguam, semakin diperkecilkan demi kepentingan pihak-pihak tertentu sehingga membuatkan hilangnya rasa hormat  terhadap badan tersebut.

“Gerakan ini berbilang kaum yang  majoritinya bukan merupakan peguam tetapi rakyat adalah  merupakan pelanggan kepada khidmat guaman dan selaku pelanggan, rakyat berhak untuk mendapat khidmat guaman  terbaik yang diselenggara oleh Majlis Peguam yang baik dan berdisplin,” katanya dalam sidang media hari ini.

Azman menambah demontrasi 23 Januari bertujuan memberikan sokongan padu dan jitu kepada tindakan saman Khairul; mencetuskan gelombang kebangkitan rakyat dan peguam terhadap hipokrasi dan konspirasi jahat serta kecurangan Majlis Peguam.

Selain itu untuk mendedahkan Majlis Peguam sejak 1998 yang menjadi pusat perang saraf  agenda republik, sosialis, komunis, LGBT, pluralisma (agenda politik DAP dan PKR)

Momentum bantahan

Selain itu ia juga untuk memulakan momentum bantahan seluruh negara terhadap Majlis Peguam.
Pada tahun lalu, Majlis Peguam telah memanggil satu mesyuarat agung luar biasa untuk menyokong perhimpunan Bersih 3.0.

Khairul Azam  yang menghadiri EGM berkenaan mendapati tidak mematuhi peraturan mesyuarat di bawah akta profesion peguam.

Beliau melihat pelatih dalam kamar turut mengundi sedangkan mereka tidak mempunyai hak untuk mengundi. Malah, orang luar juga turut mengundi.

Prosedur dan aturcara perjalanan mesyuaratberkenaan telah tercemar. Pengundian pula tidak telus dan tidak bersih.

Beliau mencabar keputusan mesyuarat agung luar biasa tersebut melalui saman terhadap Majlis Peguam.

Pada 23 Januari ini  Majlis Peguam cuba menutup kesalahan mereka dengan memohon kepada mahkamah agar saman Khairul Azam diketepikan dengan alasan kononnya saman tersebut adalah remeh dan menyusahkan mahkamah.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments