Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Mohon Sultan ambil tindakan ke atas pemimpin Umno

January 18, 2013

Beberapa pimpinan Umno Perak telah membangkitkan perlantikan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar kerana rasuah membabitkan PAS Kelantan dengan pimpinan DAP Perak.

Muhammad Faeez Azahar

KUALA KANGSAR: PAS Perak  memohon Sultan Perak, Sultan Azlan Shah  mengambil tindakan terhadap pimpinan Umno yang membuat dakwaan perlantikan Datuk Seri Mohamad  Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar adalah kerana rasuah membabitkan PAS Kelantan dengan pimpinan DAP Perak.

Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, beberapa pimpinan Umno Perak telah membangkitkan isu ini dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang berlangsung pada 18 hingga 21 Disember lalu.

Katanya, mereka cuba membuat dakwaan bahawa perlantikan  Nizar sebagai menteri besar Perak ke 10 yang lalu adalah kerana rasuah daripada PAS Kelantan dengan pimpinan DAP dan bukannya datang daripada perkenan daripada  Sultan.

Menurutnya, tuduhan liar itu telah mencemar dan menghina institusi DiRaja yang berkuasa penuh dalam perlantikan menteri besar.

“Ini adalah satu penghinaan dan memalukan rakyat negeri Perak dan mencemar institusi diraja yang bebas daripada pengaruh politik,” katanya kepada media selepas  menyerahkan memorandum kepada pihak Istana.
Memorandum tersebut diserahkan kepada Pengelola Bijaya Diraja Pejabat Sultan Perak, Datuk Shamsul Bahari di pejabatnya di Kuala Kangsar.

Hadir sama Naib Ketua Dewan Ulama PAS Perak,  Ibrahim Zakaria, Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Negeri, Safarizal Saleh serta Salman Haji Saleh dan Ketua Pemuda PAS Tapah, Shamsul Anuar.

Dr Raja Ahmad Iskandar yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak menjelaskan, selepas keputusan PRU12 pada 2008 lalu, Sultan Perak telah memanggil ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat bagi melantik menteri besar.

Jelas beliau, Tuanku Sultan memohon setiap parti memberi satu nama cadangan untuk dilantik menjadi menteri besar dan akhirnya baginda berkenan melantik Nizar.

“Justeru apa yang telah diperkatakan dalam sidang DUN baru-baru ini jelas mencemarkan institusi DiRaja dan mempertikai perkenan Tuanku Sultan ketika itu.

“PAS Perak memohon Tuanku Sultan mempertimbangkan tindakan terhadap pimpinan Umno yang telah merosakkan nama baik institusi DiRaja,” tegas Naib Ketua Pemuda PAS  itu.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments