Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Tun M akui tahu kewujudan ‘Projek IC Sabah’

 | January 18, 2013

Ramai (rakyat asing) yang ada di Sabah, mereka berada di situ bukan satu, dua hari atau satu, dua tahun...mereka ada di sini 20, 30 tahun.

SHAH ALAM: Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui wujudnya ‘Projek IC Sabah’ yang memberi status warganegara kepada pendatang asing tanpa izin semasa beliau menerajui pentadbiran negara.

Beliau bagaimanapun berkata, pemberian dilakukan mengikut undang-undang selepas mengambil kira syarat-syarat kelayakan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.

“Masa saya menjadi Perdana Menteri memanglah saya berkuasa dalam menentukan perlaksanaan dasar-dasar kerajaan.

“Sebenarnya Malaysia menerima orang asing untuk menjadi warganegara kalau mereka memenuhi syarat-syarat tertentu.

“Ramai (rakyat asing) yang ada di Sabah, mereka berada di situ bukan satu, dua hari atau satu, dua tahun…mereka ada di sini 20, 30 tahun.

“Mereka ini bercakap dalam bahasa Melayu. Mereka berhak untuk menjadi rakyat (Malaysia). Yang menjadi masalah ialah ada orang yang tidak senang kalau orang jadi rakyat walaupun mereka tinggal di Malaysia.

“Itu yang menimbulkan masalah. Jadi mereka yang berhak menjadi rakyat, yang memenuhi syarat kita bagi…saya akui saya bagi,” katanya pada sidang media di Kompleks Karangkraf di sini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan bekas Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah, Ramli Kamarudin yang menjadi saksi Suruhanjaya Siasatan DiRaja berkenaan pendatang asing di Sabah.

Ramli ketika dalam keterangannya mendakwa menerima arahan daripada bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub agar mengeluarkan resit bagi membenarkan pendatang asing di Sabah mengundi pada pilihan raya negeri itu pada 1994.

`Saya tak pasti’

Ditanya sama ada Barisan Nasional (BN) semasa itu sengaja memberikan status kerakyatan sebelum pilihan raya Sabah pada 1994 agar kumpulan berkenaan mengundi menyokong kerajaan, Mahathir berkata ia kemungkinan satu kebetulan.

“Ia mungkin dilakukan sebelum pilihan raya negeri, tapi ia sama ada secara tak sengaja atau dirancang…saya tak pasti.

“Tapi ia dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang. Jika ia berlaku sebelum pilihan raya (negeri), ia tak bermakna bertentangan dengan undang-undang,” katanya.

Beliau turut menafikan projek IC itu sengaja dilakukan supaya Umno dan BN terus kekal berkuasa di negeri itu.

“Tidak, ini adalah hak mereka.

“Bila mereka menjadi warga negara, sama ada mereka sokong Umno, BN atau siapa sahaja, itu hak mereka.

“Ia adalah fakta bahawa bukan semua mereka menjadi penyokong BN,” katanya.

Katanya, setakat ini beliau masih belum disapina agar hadir memberi keterangan dalam RCI.

“Belum lagi, jika mereka minta saya hadir, saya akan pergi,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments