Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Kerajaan Selangor arah MPS buat rayuan kes AES

February 21, 2013

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan MPS tidak mempunyai kuasa ke atas PLUS dan SKVE.

PETALING JAYA: Kerajaan negeri Selangor mengarahkan Majlis Perbandaran Sepang membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur  bahawa pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak mempunyai kuasa terhadap struktur yang dibina di atas jalan persekutuan.

Selain kesal dengan keputusan mahkamah tersebut, kerajaan negeri melihat perkara ini amat serius dan telah merangka beberapa tindakan susulan termasuk mengarahkan kamar Penasihat Undang-undang Negeri Selangor dan Jabatan Undang-undang Majlis Perbandaran Selayang untuk menyemak nota kehakiman dan memfailkan rayuan.

“Kerajaan negeri juga telah mengarahkan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor untuk menyediakan senarai cadangan pembangunan persekutuan sama ada lebuhraya atau Prasarana Transit Aliran Ringan (LRT) untuk disemak semula oleh Majlis Kerajaan Negeri bagi memastikan kepentingan rakyat Selangor dan kerajaan negeri terjamin,” kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan MPS tidak mempunyai kuasa ke atas Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE).

Hakim Datuk Zaleha Yusuf turut membenarkan syarikat pengendali kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) Beta Tegap Sdn Bhd memasang kamera AES di dua lebuh raya itu.

Hakim Zaleha berkata Plus dan SKVE berada di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan dan bukannya kerajaan negeri.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments