Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Anwar nafi PAS halang Pakatan umum calon PM

 | February 25, 2013

Menurut Ketua Umum PKR itu, isu itu tidak dibangkitkan dalam konvensyen Pakatan Rakyat hari ini.

Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4

SHAH ALAM: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan bahawa PAS menghalang sebarang pengumuman mengenai calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat pada konvensyen hari ini.

Anwar berkata, isu mengenai calon Perdana Menteri itu tidak dibangkitkan dalam konvensyen dan dakwaan itu hanya khabar angin.

“Konvensyen ini hanya untuk manifesto. Kita (Pakatan) tiada masalah dan ia hanya khabar angin (isu calon PM),” katanya kepada pemberita setelah selesai memberi ucaptamanya dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di sini hari ini.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pula berkata perbincangan mengenai calon Perdana Menteri ini akan terus dibincangkan sehingga PRU.

Ketika diasak pertanyaan jika PAS kekal untuk menyokong Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon PM, Mat Sabu seakan mengelak.

Beliau sebaliknya berseloroh jika dirinya turut menjadi calon Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya.

“Kita tidak bincang siapa yang nak diumumkan sebagai calon PM. Bagi saya siapa sahaja dapat sokongan umum boleh jadi PM termasuk saya.

“Kenapa tidak tanya jika saya berminat jadi PM. Saya berminat, cuma nak jadi Agong tidak boleh.

“Perbincangan dari semasa ke semasa akan dibuat sehingga pilihan raya dan ia tidak jadi perkara utama tapi yang penting kita ambil alih Putrajaya,” katanya.

PAS calon Hadi

Isu siapa calon Perdana Menteri Pakatan bermula apabila ahli PAS ketika muktamar lalu yang mencadangkan Abdul Hadi.

Sebaliknya DAP mahupun PKR mencadangkan Anwar sebagai calon Perdana Menteri sehingga menimbulkan pertelingkahan dalam Pakatan mengenai perkara berkenaan.

Berhubung Mufti Perlis Dr Juanda Jaya, Anwar berkata, beliau masih belum mendengar perkhabaran bahawa PKR dan PAS berminat untuk memancing Juanda sebagai calon mereka.

“Minat atau tidak kena tanya dia (Juanda),” katanya.

Juanda  sebelum ini dilaporkan menjadi perebutan Barisan Nasional (BN),PAS dan PKR untuk menjadi calon mereka pada PRU nanti.

TURUT BACA:

Azmin: Khalid kekal MB S’gor

Kemelut di Kedah tidak jejaskan PAS


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments