Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

‘Perjanjian Kerjasama Trans Pasific adalah penjajahan baru’

 | February 28, 2013

Mereka (pelabur asing) sesuka hati boleh bina kampung, jadi kontraktor di sini malah undang-undang dan perlembagaan kita juga boleh berubah.

KUALA LUMPUR: Perjanjian Kerjasama Trans Pasific (TPPA) dilihat tidak memberikan sebarang keuntungan dalam pertumbuhan ekonomi tempatan.

Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Datuk Syed Ali Alattas sebaliknya berkata, perjanjian tersebut dilihat sebagai satu bentuk penjajahan baru ekonomi Barat terhadap negara membangun termasuk Malaysia.

Selain Malaysia, negara terlibat adalah Mexico, Peru, Chile, Vietnam, Brunei, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, dan Singapura.

“TPPA akan menjejaskan bisnes tempatan, malah industri perbankan juga akan bermasalah.

“Mereka (pelabur asing) sesuka hati boleh bina kampung, jadi kontraktor di sini malah undang-undang dan perlembagaan kita juga boleh berubah.

“Ini satu bentuk penjajahan baru dan kita menolak TPPA,” katanya katanya dalam sidang media di ibu pejabat DPMM di sini hari ini.
Syed Ali berkata, perjanjian itu tidak sesuai kerana Malaysia masih belum layak menjadi rakan kongsi dan bersaing dengan ekonomi Barat termasuk negara Eropah dan Amerika Syarikat.

Hilang segalanya…

“Pada jangka masa panjang kita akan hilang segalanya…ekonomi kita sekarang dah untung kenapa nak rugikannya?

“Masa depan ekonomi negara bukan lagi di tangan rakyat kerana ini satu perjanjian baru,” katanya yang menjangkakan industri perkhidmatan akan lebih terjejas dengan TPPA.

Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya termasuk Majlis Tindakan Ekonomi Malaysia (MTEM) akan menghantar satu memorandum kepada kerajaan supaya menangguhkan hasrat daripada menandatangani TPPA sehingga negara berjaya mencapai matlamatnya pada tahun 2020.

“Tunggu sehingga pendapat kelas pertengahan mencapai RM5,000 hingga RM15,000 sebulan baru kita boleh bincang pasal perjanjian ini.

Malaysia sehingga kini masih dalam peringkat rundingan secara rahsia untuk memeterai TPPA.

Perjanjian ini malangnya dikatakan merundingkan isu-isu yang tidak berkenaan dengan perdagangan sebaliknya lebih kepada hak pelabur luar dan hak paten yang memberi halangan kepada bekalan ubat tempatan dijual dengan harga murah di pasaran.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments